Saturday 31 March 2012

HADITH NABI DAN HADITH QUDSI







TAKRIF HADITH NABI DAN HADITH QUDSI

Takrif Hadith Nabi,
Hadith Nabi ialah berita-berita sabda nabi saw ,perbuatan dan takrijnya(tiada Larangannya)terhadap sesuatu yg dilakukan orang setelah baginda mengetahuinya,juga berita sifat tubuh badan dan keperibadian nya yg mulia.
Hadith Qudsi,
Ialah berita-berita firman tuhan yg disampaikan arti  maksudnya dari rasul saw dengan susun kata baginda sendiri.
Dengan  takrif ini nyatalah perbedaan diantara  diantara hadith Qudsi dengan Al-Quran karim.kerana Al-Quran ialah kalam Allah swt yg lafaznya dan susunkata diturunkan kepada rasullullah dan diperintahkan supaya meyampaikan kepada umat manusia.
Tiap-tiap Hadith ada sanatnya,Oleh sebab diantara masa sahabat-sahabat nabi dan masa pegumpulan hadith-hadith diselangi oleh beberapa lapisan manusia maka tiap-tiap hadith yg dikumpulkan itu tak dapatlah tidak ada sanatnya yg tertentu.
Sanat ialah salsilah(pertalian)yg terdiri dari beberapa orang rawi,satu demi satu mulai dari guru bagi seseorang pegumpul hadith hingga kepada shabat yg menerima sendiri hadit itu dari rasullullah saw.dengan memandang kepada keadaan sanad dan juga kepada keadaan tiap-tiap seorang rawi maka terbahgi hadith kepada beberapa bahgian.
Bahagian Hadith.
1)-Hadith mutawatir.
Hadith-hadith nabi saw didapati ada yg diriwayatkan oleh rawi-rawi yg ramai pada tiap-tiap lapisan sanadnya.sehingga  kepada bilangan yg mustahil pada adat meraka boleh berpakat melakukan dusta.
Hadith yg sedemikian rawinya dipanggil HADITH MUTAWATIR.
Hukum hadith mutawatir ini tetap diterima menjadi hujjah ,tidak harus ditolak dan tidak pulak harus diingkari lagi.
Hadith-hadith shoheh,Hassan dan Dhoif.
Dan ada pula hadith-hadith yg riwatnya tidak sampai kepada bilangan yg tersebut,maka hadith ini terbahgi kepada tiga bahgian.
1)Hadith Shoheh
2)Hadith Hassan
3)Hadith Dhoif

Hadith Shoheh ialah hadith yg cukup padanya 5 syarat,
1)Berhubung sanadnya.iaitu tiap-tiap rawinya itu berhubung antara satu dengan yg lain,dari awal sanat hingga keakhirnya,tidak ada rawi yg gugur,tidak disebut,
2)Tiap orang rawi dalam sanad itu bersifat cukup adil
3)Bersifat dhobit iaitu cukup kuat ingatan atau rapi simpanan kita yg ditulis hadith itu didalamnya.
4)Hadith yg diriwayatkan oleh seorang rawi itu tidak menyalahi dengan hadith yg diriwayatkan oleh rawi yg lebih kuat daripadanya.
5)Hadith yg diriwayatkan itu tidak ada illat(kecacatan yg termaklum).

19 Hadith Rasulallah SAW Mengenai Wanita

Wanita Solehah Lebih Baik Daripada Bidadari Syurga
1482Share

Wanita solehah tidak boleh sembarangan mencintai lelaki. Lelaki yang paling wajar dicintai oleh wanita solehah ialah Nabi Muhammad SAW. Ini kerana Nabi Muhammad SAW adalah pembela nasib kaum wanita. Baginda telah mengangkat martabat kaum wanita daripada diperlakukan dengan kehinaan pada zaman jahiliyah, khususnya oleh kaum lelaki.

Ajaran yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW juga berjaya menyempurnakan budi pekerti kaum lelaki. Ini membawa keuntungan kepada kaum wanita kerana mereka mendapat kebebasan dalam kawalan dan perlindungan keselamatan oleh kaum lelaki. Iaitu dengan mengikuti ajaran Nabi Muhammad SAW menjadikan bapa atau suami mereka berbuat baik dan bertanggungjawab ke atas keluarganya. Demikian juga dengan kedatangan Rasulullah SAW telah menjadikan anak-anak tidak lupa untuk berbakti kepada ibu mereka, cthnya seperti Uwais Al-Qarni.
Salah satu tanda kasih Baginda SAW terhadap kaum wanita ialah dengan berpesan kepada kaum lelaki agar berbuat baik kepada wanita, khususnya ahli keluarga mereka. Rasulullah SAW sendiri menjadikan diri dan keluarga baginda suri teladan kepada kaum lelaki untuk bagaimana berbuat baik dan memuliakan kaum wanita.
Rasulullah SAW bersabda,
“Orang mukmin yang paling sempurna imannya ialah yang paling baik akhlaknya, dan yang berbuat baik kepada ahli keluarganya.” (Riwayat Abu Daud dan Tirmizi)
Lagi sabda Rasulullah SAW,
“Sebaik-baik kamu adalah yang terbaik terhadap keluarganya; dan aku adalah yang terbaik dari kamu terhadap keluargaku. Orang yang memuliakan kaum wanita adalah orang yang mulia, dan orang yang menghina kaum wanita adalah orang yang tidak tahu budi.” (Riwayat Abu ‘Asakir)
Tapi betul ke wanita solehah itu lebih baik daripada bidadari syurga?
Daripada Umm Salamah, isteri Nabi SAW, katanya(di dalam sebuah hadis yang panjang):
Aku berkata, “Wahai Rasulullah! Adakah wanita di dunia lebih baik atau bidadari?”
Baginda menjawab, “Wanita di dunia lebih baik daripada bidadari sebagaimana yang zahir lebih baik daripada yang batin.”
Aku berkata, “Wahai Rasulullah! Bagaimanakah itu?”
Baginda menjawab, “Dengan solat, puasa dan ibadat mereka kepada Allah, Allah akan memakaikan muka-muka mereka dengan cahaya dan jasad mereka dengan sutera yang berwarna putih,berpakaian hijau dan berperhiasan kuning….(hingga akhir hadis)” (riwayat al-Tabrani)

Terkejut bila membaca hadis ni dan ingin berkongsi bersama rakan-rakan lain. Sungguh tinggi darjat wanita solehah, sehingga dikatakan lebih baik daripada bidadari syurga. Semoga hadis ini menjadi inspirasi bagi kita semua dalam memperbaiki diri agar menjadi lebih baik daripada bidadari syurga. InsyaAllah..
Tapi, bagaimana yang dikatakan wanita solehah itu?
Ikuti kisah berikut, semoga kita sama-sama beroleh pengajaran.
Seorang gadis kecil bertanya ayahnya “ayah ceritakanlah padaku perihal muslimah sejati?”
Si ayah pun menjawab “anakku,seorang muslimah sejati bukan dilihat dari kecantikan dan keayuan wajahnya semata-mata.wajahnya hanyalah satu peranan yang amat kecil,tetapi muslimah sejati dilihat dari kecantikan dan ketulusan hatinya yang tersembunyi.itulah yang terbaik”
Si ayah terus menyambung
“muslimah sejati juga tidak dilihat dari bentuk tubuh badannya yang mempersona,tetapi dilihat dari sejauh mana ia menutupi bentuk tubuhnya yang mempersona itu.muslimah sejati bukanlah dilihat dari sebanyak mana kebaikan yang diberikannya ,tetapi dari keikhlasan ketika ia memberikan segala kebaikan itu.muslimah sejati bukanlah dilihat dari seberapa indah lantunan suaranya tetapi dilihat dari apa yang sering mulutnya bicarakan.muslimah sejati bukan dilihat dari keahliannya berbahasa,tetapi dilihat dari bagaimana caranya ia berbicara dan berhujah kebenaran”
Berdasarkan ayat 31,surah An Nurr,Abdullah ibn abbas dan lain-lainya berpendapat.Seseorang wanita islam hanya boleh mendedahkan wajah,dua tapak tangan dan cincinnya di hadapan lelaki yang bukan mahram(As syeikh said hawa di dalam kitabnya Al Asas fit Tasir)

“Janganlah perempuan -perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga menghairahkan orang yang ada perasaan dalam hatinya,tetapi ucapkanlah perkataan yang baik-baik”(surah Al Ahzab:32)
“lantas apa lagi ayah?”sahut puteri kecil terus ingin tahu.
“ketahuilah muslimah sejati bukan dilihat dari keberaniannya dalam berpakaian grand tetapi dilihat dari sejauh mana ia berani mempertahankan kehormatannya melalui apa yang dipakainya.
Muslimah sejati bukan dilihat dari kekhuwatirannya digoda orang di tepi jalanan tetapi dilihat dari kekhuwatirannya dirinyalah yang mengundang orang tergoda.muslimah sejati bukanlah dilihat dari seberapa banyak dan besarnya ujian yang ia jalani tetapi dilihat dari sejauh mana ia menghadapi ujian itu dengan penuh rasa redha dan kehambaan kepada TUHAN nya,dan ia sentiasa bersyukur dengan segala kurniaan yang diberi”

“dan ingatlah anakku muslimah sejati bukan dilihat dari sifat mesranya dalam bergaul tetapi dilihat dari sejauh mana ia mampu menjaga kehormatan dirinya dalam bergaul”
Setelah itu si anak bertanya”Siapakah yang memiliki criteria seperti itu ayah?Bolehkah saya menjadi sepertinya?mampu dan layakkah saya ayah?”
Si ayah memberikan sebuah buku dan berkata”pelajarilah mereka!supaya kamu berjaya nanti.INSYA ALLAH kamu juga boleh menjadi muslimah sejati dan wanita yang solehah kelak,malah semua wanita boleh”
Si anak pun segera mengambil buku tersebut lalu terlihatlah sebaris perkataan berbunyi ISTERI RASULULLAH.
“Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu ,puasa di bulan ramadhan ,menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya,maka masuklah ia ke dalam syurga dari pintu-pintu yang ia kehendakinya”(riwayat Al Bazzar)

Taati ibu, jangan sakit hati suami

CEREKARAMA berjudul Selimut Putih yang ditayangkan di televisyen malam Sabtu lalu menarik untuk dikupas pada ruangan ini. Tayangan drama itu bertepatan dengan sambutan Hari Ibu Ahad lalu.
Drama itu mengisahkan dua wanita yang derhaka kepada suami mereka. Akhirnya mereka menerima balasan di mana anaknya pula menderhaka kepadanya. Akhir cerita, si anak juga kemudian mendapat balasan atas dosa menderhaka terhadap ibu mereka.
Mana-mana agama sekalipun di dunia ini, ibu diletakkan sebagai orang paling atas untuk ditaati dan dimuliakan kerana pengorbanan dan kedudukannya.
Banyak firman Allah dalam al-Quran mengenai suruhan mentaati ibu bapa dan ketaatan kepada mereka adalah selepas ketaatan kepada Allah, begitu juga hadis Rasulullah SAW.
Sahabat bertanya kepada Rasulullah SAW kepada siapa harus aku memberikan bakti. Baginda SAW menjawab: ‘Ibumu…’ sebanyak tiga kali. Ditanya kali keempat, barulah Baginda SAW menjawab: ‘Ayahmu…’.
Diriwayatkan oleh Thalhah Bin Muawiyah As-Sulami, beliau datang bertanya kepada Rasulullah SAW bahawa dia ingin sekali hendak turut serta berjihad fi sabilillah bersama Baginda. Lalu Rasulullah SAW bertanya: “Apakah ibumu masih hidup?” Beliau menjawab, “Masih.” Lalu Baginda Rasulullah SAW bersabda: “Duduklah terus di sisinya, di sanalah terletaknya syurga.”
Hadis ini menjelaskan bahawa tugas anak berbakti kepada ibu adalah lebih besar ganjarannya daripada berjihad di jalan Allah.
Namun, kita perlu jelas bahawa mentaati ibu atau sesiapa sekalipun tidak boleh melepasi ketaatan kita kepada Allah. Arahan dan kasih sayang kepada ibu tidak boleh menyebabkan kita taat sehingga melakukan perkara ditegah Allah.
Ia berdasarkan arahan Rasulullah SAW bermaksud, “Jangan kamu taat kepada makhluk dalam hal yang melanggari Allah.”
Setiap anak perlu sentiasa mentaati arahan yang baik dan dosa menderhaka kepada ibu dan bapa adalah termasuk dalam tujuh dosa yang sangat besar.
Sementara itu, seorang isteri mempunyai tugas dan tanggungjawab besar terhadap suami yang tidak boleh diabaikan. Isteri yang mengabaikannya akan mendapat laknat dan termasuk dalam kategori isteri nusyuz (derhaka).
Rasulullah SAW dalam hadis yang diriwayatkan Saidatina Aisyah yang bermaksud: “Aku pernah bertanya kepada Baginda, “Siapakah orang yang paling berhak ke atas isteri?” Baginda menjawab: “Orang yang paling berhak kepada isteri ialah suaminya.” Kemudian aku bertanya lagi, “Dan siapakah orang yang paling berhak ke atas suami?” Baginda menjawab: “Orang yang paling berhak ke atas seorang suami ialah ibu kandungnya.” (Hadis riwayat Bazar dan al-Hakim)
Jika syurga seorang lelaki atau seorang anak adalah di bawah tapak kaki ibu, tetapi syurga bagi seorang isteri ialah di bawah tapak kaki suaminya.
Bahkan Rasulullah SAW pernah bersabda bermaksud: “Sekiranya aku dibenarkan untuk memerintahkan seseorang bersujud kepada orang lain, nescaya aku perintahkan seorang isteri bersujud kepada suaminya.” (Hadis riwayat Tirmidzi dan Ibnu Hibban)
Tanda isteri nusyuz banyak, antaranya:
Menyakiti hati suami
Rasulullah SAW selepas peristiwa Israk dan Mikraj, bersabda kepada sahabat wanita bermaksud: “Kebanyakan ahli neraka adalah wanita. Maka menangislah mereka (sahabat wanita) dan bertanya seorang daripada mereka: Mengapa terjadi demikian, adakah kerana mereka berzina atau membunuh anak atau kafir? Baginda menjawab: Tidak. Mereka menggunakan lidah menyakiti hati suami dan tidak bersyukur nikmat yang disediakan suaminya.” (Hadis riwayat Muslim).
Puasa sunat dan membawa masuk lelaki ke rumah tanpa izin
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Tidak boleh seorang isteri mengerjakan puasa sunat jika suaminya ada di rumah serta tidak dengan izinnya, dan tidak boleh memasukkan seorang lelaki ke rumahnya (walaupun saudara mara) dengan tidak meminta izin suaminya.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
Keluar rumah tanpa izin
Sabda Rasulullah SAW bermaksud: “Apabila seorang isteri keluar rumah, sedangkan suami membencinya (tidak mengizinkannya), dia akan dilaknat oleh semua malaikat di langit dan semua apa yang dilaluinya (di bumi) selain daripada jin dan manusia, sehinggalah dia kembali semula (kepada rumah suaminya).” (Hadis riwayat Thabari)
Meminta cerai tanpa sebab
Sabda Rasulullah SAW bermaksud: “Mana-mana isteri yang meminta suaminya menceraikannya (tanpa sebab yang dibenarkan oleh syarak) haram baginya bau syurga.” (Hadis riwayat Abu Daud dan Tirmidzi)
·Menolak bersetubuh tanpa alasan
Sabda Rasulullah SAW bermaksud: “Apabila suami memanggil isterinya ke tempat tidur, tetapi ditolaknya sehingga marahlah suaminya, maka akan tidurlah isteri itu di dalam laknat malaikat sehingga ke pagi.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
Dalam Undang-undang Kekeluargaan Islam di negara ini ada peruntukan mengenai hukuman terhadap isteri yang derhaka (nusyuz) kepada suami. Contohnya, Seksyen 130 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Selangor 2003 memperuntukkan seorang isteri derhaka boleh dihukum denda tidak melebihi RM100, bagi kesalahan kali kedua atau kali kemudian, denda tidak melebihi RM500.
Walaupun hukumannya tidak tinggi, isteri nusyuz tidak akan terlepas daripada balasan hukuman di akhirat. Nusyuz juga boleh memberi kesan kepada kedudukan nafkah isteri yang wajib disempurnakan suami.
Walau bagaimanapun, belum ada undang-undang yang membolehkan tindakan diambil terhadap anak yang menderhaka terhadap ibu atau bapanya.
Mungkin penggubal undang-undang boleh mengkaji perkara itu untuk memasukkan peruntukan dan hukuman sesuai terhadap pihak yang mengabaikan atau menderhaka terhadap ibu bapanya.
Penulis ialah Setiausaha Agong Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM). Sebarang komentar boleh dihantar ke admin@pgsm.org.my





20 Contoh Hadis yang kelihatan Bercanggah dan Kaedah Mengatasi Percanggahan Tersebut
CONTOH  no 20
Hadis A:
Berkata Hudzaifah radiallahu ‘anhu:
Adalah aku bersama Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam, baginda membuang air kecil berhampiran kawasan pembuangan sampah sebuah kabilah sambil berdiri.[245]
Hadis B:
Berkata A‘isyah radiallahu ‘anha:
Sesiapa yang menceritakan kepada kalian bahwa Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam buang air kecil secara berdiri, maka janganlah kalian membenarkannya. Tidaklah pernah beliau membuang air kecil kecuali secara duduk.[246]
Di atas adalah sebuah lagi contoh hadis yang bercanggah yang tidak dapat diselaraskan mengikut kaedah al-Jam‘u. Hadis A menerangkan bahawa Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam membuang air kecil sambil berdiri manakala Hadis B dari salah seorang isteri Rasulullah – A‘isyah radiallahu ‘anha, jelas-jelas menafikan bahawa baginda pernah melakukan sedemikian.
               Oleh kerana tidak wujud sebarang jalan atau petunjuk untuk menghimpunkan antara dua hadis di atas, maka hendaklah kita menempuh jalan tarjih untuk mengunggulkan salah satu darinya. Mengikut kaedah tarjih, apabila bertembung dua buah hadis, yang pertama bersifat menetapkan (mutsbit) manakala yang kedua bersifat menafikan (manfi), maka hendaklah diunggulkan hadis yang bersifat menetapkan di atas yang bersifat menafikan. Ini adalah kerana mungkin sahaja perawi hadis yang menafikan tersebut tidak tahu apa yang diketahui oleh perawi hadis yang menetapkan. Lebih dari itu seseorang perawi tidak akan menetapkan sesuatu perkara pada diri Rasulullah sallallahu-alihi-wasallam melainkan dia benar-benar pasti akan hal tersebut, berbeza dengan perawi yang menafikan, mungkin sahaja dia berkata demikian kerana tidak hadir pada saat Rasulullah melakukan apa yang dia nafikan.
Merujuk kepada percanggahan antara Hadis A dan B di atas, Hadis A bersifat menetapkan manakala Hadis B bersifat menafikan. Maka hendaklah diunggulkan Hadis A di atas Hadis B.
Berkenaan penafian A‘isyah di dalam Hadis B di atas, ia sebenarnya berdasarkan pengamatan beliau sendiri terhadap kehidupan harian Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam di rumah. Perlu diingatkan bahawa A‘isyah tidak selalu ikut bersama Rasulullah apabila beliau bermusafir, dalam misi dakwah atau ekspedisi pembukaan (perang). Beliau hanya ikut serta secara bergilir antara isteri-isteri Rasulullah yang lain. Maka apa yang dinafikan oleh A‘isyah sebenarnya tidak merangkumi tatacara Rasulullah membuang air kecil apabila berada di luar rumah ketika bermusafir.
Maka inilah yang dimaksudkan dalam perenggan di atas ketika menerangkan kaedah tarjih bagi kes ini, bahawa apabila seseorang perawi menafikan sesuatu, mungkin sahaja dia berkata demikian kerana tidak hadir pada saat Rasulullah melakukan apa yang dia nafikan.
Penjelasan Tambahan
Sekalipun Hadis A di atas menerangkan bahawa Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam membuang air kecil secara berdiri, ketahuilah bahawa itu hanyalah merupakan perbuatan yang sangat terpencil. Adab sebenar membuang air kecil dalam Islam adalah secara duduk, sepertimana sabda Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam:
Tiga hal termasuk perangai yang kasar: iaitu seorang lelaki yang menyapu wajahnya dari debu tanah sebelum selesai solat, dan meniup debu tanah di tempat wajahnya (tempat untuk bersujud) ketika sedang solat dan apabila membuang air kecil, dia melakukannya sambil berdiri.[247]
Dalam sebuah hadis lain daripada Umar al-Khattab radiallahu-anhu:
Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam melihat aku buang air kecil sambil berdiri, lalu beliau bersabda:
“Wahai Umar ! Janganlah kamu buang air kecil secara berdiri.”[248]
Berkata Umar: Maka sejak itu aku tidak lagi buang air kecil secara berdiri.[249]
Demikian juga dengan keterangan A‘isyah radiallahu ‘anhu (Hadis B), bahawa Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam lazimnya menbuang air kecil secara duduk apabila di rumah.
Oleh itu hendaklah setiap muslimin dan muslimah berusaha untuk menjaga adab membuang air kecil mereka. Membuang air kecil sambil berdiri dibolehkan dalam beberapa suasana terpencil seperti kerana keuzuran atau suasana sekeliling yang tidak mengizinkan.

BAB HAID
 
Bab mengerjakan ibadat haji dalam haid
عَنِ الْقَاسِمَ بْنَ مُحَمَّدٍ يَقُولُ سَمِعْتُ عَائِشَةَ تَقُولُ
خَرَجْنَا لَا نَرَى إِلَّا الْحَجَّ فَلَمَّا كُنَّا بِسَرِفَ حِضْتُ
 فَدَخَلَ عَلَيَّ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
 وَأَنَا أَبْكِي قَالَ مَا لَكِ أَنُفِسْتِ قُلْتُ نَعَمْ
 قَالَ إِنَّ هَذَا أَمْرٌ كَتَبَهُ اللَّهُ عَلَى بَنَاتِ آدَمَ
 فَاقْضِي مَا يَقْضِي الْحَاجُّ غَيْرَ أَنْ لَا تَطُوفِي بِالْبَيْتِ
قَالَتْ وَضَحَّى رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنْ نِسَائِهِ بِالْبَقَرِ
Dari Al Qasim, katanya : Aku mendengar 'Aisyah berkata:
"Suatu ketika kami keluar , tidak ada yang kami perlukan
melainkan untuk beribadat haji. Sewaktu kami ada di Sarif
aku tiba-tiba mengeluarkan haid. Rasulullah s.a.w. masuk
ketempatku, sedangkan aku saat itu sedang menangis
Beliau s.a.w. lalu bertanya: "Apakah kamu haid?"
Aku menjawab : "Ya". Selanjutnya beliau s.a.w. bersabda:
"Sesungguh haid itu adalah suatu perkara yang ditetapkan Allah
Oleh sebab itu lakukanlah apa saja oleh setiap orang yang
mengerjakan haji, hanya saja janganlah kamu mengerjakan
tawaf di Kaabah
Rasulullah s.a.w. lalu menyembelih kurban untuk semua
isterinya berupa seekor lembu"
Hadis sahih riwayat Bukhari
Bab mendekati suami ketika haid
عَنْ عَائِشَةَ قَالَتْ كُنْتُ أُرَجِّلُ رَأْسَ
رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَأَنَا حَائِضٌ
Dari 'Aisyah r.a. katanya : "Aku pernah menyisir rambut
Rasulullah s.a.w. sedang di waktu itu aku sedang haid"
Hadis sahih riwayat Bukhari
Bab melayan suami ketika haid
عَنْ عُرْوَةَ أَنَّهُ سُئِلَ أَتَخْدُمُنِي الْحَائِضُ
أَوْ تَدْنُو مِنِّي الْمَرْأَةُ وَهِيَ جُنُبٌ
فَقَالَ عُرْوَةُ كُلُّ ذَلِكَ عَلَيَّ هَيِّنٌ وَكُلُّ ذَلِكَ تَخْدُمُنِي
 وَلَيْسَ عَلَى أَحَدٍ فِي ذَلِكَ بَأْسٌ
أَخْبَرَتْنِي عَائِشَةُ أَنَّهَا كَانَتْ تُرَجِّلُ تَعْنِي
 رَأْسَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
 وَهِيَ حَائِضٌ وَرَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
حِينَئِذٍ مُجَاوِرٌ فِي الْمَسْجِدِ يُدْنِي لَهَا رَأْسَهُ وَهِيَ فِي حُجْرَتِهَا
 فَتُرَجِّلُهُ وَهِيَ حَائِضٌ
Dari 'Urwah bahawasanya ia ditanya oleh seseorang, katanya
"BOlehkan aku dilayani dlm hal makan dan minum dan sebagainya
yang selain bersetubuh oleh seorang isteri yang sedang haid
atau aku didekati oleh seorang wanita yang sedang
menanggung janabah?
'Urawah lalu menjawab : "Semua itu mudah yakni boleh saja
dan semuanya  itu yakni wanita haid atau junub juga melayani
aku dan hal itu tidak mengapa tidak berdosa atas seseorang
manapun jua. Aku telah diberitahu 'Aisyah bahawa sesungguhnya
aku menyisir maksudnya menyisir rambut Rasulullah s.a.w.
sedang ia haid dan Rasulullah pada saat itu mendekat pada masjid
sambil mendekatkan kepalanya kepada 'Aisyah dan 'Aisyah
berada di dalam  biliknya. Begitulah 'Aisyah menyisir rambut
beliau s.a.w. sedangkan ia dalam keadan haid".
Hadis sahih riwayat Bukhari
Bab menyucikan darah haid pada kain
عَنْ أَسْمَاءَ قَالَتْ
 جَاءَتْ امْرَأَةٌ إِلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
 فَقَالَتْ إِحْدَانَا يُصِيبُ ثَوْبَهَا مِنْ دَمِ الْحَيْضَةِ كَيْفَ تَصْنَعُ بِهِ
قَالَ تَحُتُّهُ ثُمَّ تَقْرُصُهُ بِالْمَاءِ ثُمَّ تَنْضَحُهُ ثُمَّ تُصَلِّي فِيهِ
Dari Asma' katanya :
Bertanya seorang perempuan kepada Rasulullah s.a.w. katanya:
"kalau kain perempuan kena darah haid, apa yang harus diperbuat?"
Jawab Nabi s.a.w. :
"Dibuang darahnya yang tebal kemudian digosok-gosok dengan air
kemudian dan sesudah bersih  barulah dapat dipakai sembahyang."
Hadis sahih riwayat Muslim
Bab Tidur bersama isteri yang sedang haid
عَنْ مَيْمُونَهَ قَالَتْ رَسُول الله صَلَّى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
يُبَاشِرُ نِسَاءَهُ فَوقَ الاِزَارِ وَهُنَّ حُيَّضًٌ
Dari Maimunah, katanya :
"Adalah Rasulullah s.a.w. berbaring (tidur) bersama isterinya
di waktu haid tanpa persetubuhan
Hadis sahih riwayat Muslim
Bab Rasulllah s.a.w. tidur bersama isteri yang sedang haid
عَنْ عَائِشَةَ قَالَتْ
 كَانَ إِحْدَانَا إِذَا كَانَتْ حَائِضًا أَمَرَهَا
 رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
 أَنْ تَأْتَزِرَ فِي فَوْرِ حَيْضَتِهَا ثُمَّ يُبَاشِرُهَا
 قَالَتْ وَأَيُّكُمْ يَمْلِكُ إِرْبَهُ كَمَا كَانَ
 رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَمْلِكُ إِرْبَهُ
Dari Aishah r.a. katanya :
"Kalau salah seorang dari kami datang haid, Rasulullah s.a.w.
memerintahkan kami memmakai kain pada hari permulaan haid
kemudian beliau berbaring (tidur) bersama-sama.
Aisyah berkata :
"Tetapi saya berkeyakinan tidak ada seorang lelaki pun
yang kuat menahan keberahiannya seperti Rasululullah s.a.w.
Hadis sahih riwayat Muslim
Bab masuk ke masjid ketika haid
عَنْ عَائِشَةَ قَالَتْ
 قَالَ لِي رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
نَاوِلِينِي الْخُمْرَةَ مِنْ الْمَسْجِدِ قَالَتْ فَقُلْتُ إِنِّي حَائِضٌ
فَقَالَ إِنَّ حَيْضَتَكِ لَيْسَتْ فِي يَدِكِ
Dari Aisyah r.a. katanya :
"Bersabda Rasulullah s.a.w. :
Tolong ambilkan aku tikar sembahyang dari masjid!"
Jawabku : "aku sedang datang haid"
Rasulullah s.a.w. bersabda :
"Haidmu bukan ditanganmu".
Hadis sahih riwayat Muslim

Teknik Nabi Muhammad Meng-kaunsel Suami Corot

Abu Said Al Khudri melaporkan bahawa pada suatu masa isteri kepada Safwan Bin Al Mu'aththal datang dan menceritakan kepada Nabi Muhammad bahawa suaminya itu tidak melakukan sembahyang subuh melainkan selepas matahari terbit. Safwan memberitahu kepada Nabi Muhammad, katanya, "Berkenaan aduan isteri saya bahawa saya tidak melakukan sembahyang subuh sehingga sesudah matahari terbit, hal itu kerana kami datang dari keluarga yang memiliki tradisi demikian. Hampir setiap hari kami bangun selepas matahari terbit." Mendengar penerangan Safwan itu Nabi Muhammad berkata, "Apabila bangun tidur, sembahyanglah ketika itu juga, wahai Safwan." - hadith ini terdapat dalam koleksi yang direkodkan oleh Abu Daud dan koleksi Ibn Hibban.
1. Dalam hadith di atas Safwan mempunyai habit bangun pagi lewat, yakni matahari sudah terbit barulah dia bangun. Akibatnya dia lewat sembahyang subuh. Habit Safwan itu datang daripada amalan dalam keluarganya yang juga bangun pagi lewat.
3. Barangkali isteri Safwan tidak suka dengan habit buruk suaminya, lalu dia mengadu kepada Nabi Muhammad.
4. Isteri Safwan mengadukan habit buruk suaminya kepada Nabi Muhammad, barangkali sebab dia tidak puas hati kerana dia mahu sembahyang di belakang suaminya, tetapi suaminya lambat bangun.
5. Kenyataan bahawa Safwan ada bersama semasa isterinya membuat pengaduan kepada Nabi Muhammad menunjukkan dia seorang suami yang baik.
6. Selepas mendengar kata-kata isteri Safwan, dan kemudian mendengar penjelasan dari Safwan, Nabi Muhammad berkata: "Apabila bangun tidur, sembahyanglah ketika itu juga, wahai Safwan."
7. Dalam hadith di atas, Nabi Muhammad tidak menyiasat mengapa Safwan suka bangun lewat. Safwan sendiri yang memberitahu punca dia susah hendak bangun awal. Nabi Muhammad tidak bertanya, "Cuba cakap, apa sebab kamu bangun lewat, wahai Safwan?"
8. Nabi Muhammad juga tidak menyiasat mengapa isteri Safwan datang mengadukan perihal suaminya yang suka bangun lewat. Nabi Muhammad tidak berkata kepada isteri Safwan, "Mengapa kamu datang mengadu? Apa yang kamu tidak puas hati dengan suami kamu?"
9. Nabi Muhammad tidak menasihati Safwan supaya mengubah habit buruknya dengan berkata: "Wahai Safwan, ikutlah habit isteri kamu itu. Bangunlah awal, supaya kamu boleh jadi sembahyang bersama dengan isteri kamu, dan kamu boleh jadi imam. Takkan kamu tidak tahu, apabila kamu buat sembahyang berjamaah kamu berdua dapat 25 pahala...."
NOTA: Apabila seseorang perempuan itu 'menarik' suaminya berjumpa kaunselor, maknanya perempuan itu sudah berkali-kali cuba mengubah perangai suaminya tetapi gagal, akibatnya dia sangat tidak puas hati dan kesabarannya sedang teruji. Bagi meneruskan usahanya yang mahu suaminya berubah, kali ini dia mahu kaunselor pula menasihati suaminya supaya mengubah perangai buruknya. Dalam keadaan begitu sekalipun, dalam hadith di atas Nabi Muhammad tidak melayan kerenah isteri Safwan.

رَّبِّ زِدۡنِى عِلۡمً۬ا - - - - - ﻻ ﺗﺨﻒ ﻮ ﻻ ﺘﺤﺫﻦ إن ﷲ ﻤﻌﻧﺎ



Oleh:Nawawi Bin Subandi


Tahukah anda wahai insan bergelar wanita, betapa sukarnya pada masa ini untuk mencari seorang individu dari kalangan anda untuk dijadikan seorang isteri yang benar-benar solehah iaitu yang baik aspek agamanya. Lalu, sang lelaki kebanyakannya menghadapi kesukaran untuk membuat pilihan antara wanita yang kebanyakan atau harus terus menunggu dalam usaha pencarian wanita solehah sehingga memakan masa yang panjang. Kerana lamanya menunggu kelibat wanita solehah. Kemungkinan wanita solehah ini duduknya sememangnya sentiasa di rumah agaknya. Hakikatnya itulah yang terbaik sebenarnya.


Berikut adalah merupakan sedikit perkongsian yang telah saya selidiki dan perolehi daripada beberapa buah buku yang mana dengan harapan boleh dijadikan rujukan sama ada buat si pemuda atau perempuan umumnya.


Kepada si lelaki, mungkin tulisan ini mampu menjadi rujukan dalam usaha membuat penilaian terhadap karektor seorang wanita yang baik yang harus dipilihnya.


Manakala, bagi seorang perempuan, mungkin boleh dijadikan sebagai panduan untuk memperbaiki diri agar anda sentiasa tergolong dalam rangkaian dan barisan wanita yang solehah dan bakal dipilih oleh juga pemuda yang soleh. insyaALLAH...


Dalam persoalan ini,


Apabila seorang pemuda telah menemukan atau hendak menemukan seorang calon isteri yang dipandangnya sepadan dan berkenan di hati, hendaklah ia memeriksa sifat yang terpuji dan kriteria pegangan agama yang ada padanya. Janganlah kita hanya memfokuskan semata-mata kepada karektor duniawi, kekayaan, kecantikan dan kedudukan. Kerana di dalam suatu hadis Rasulullah s.a.w., seseorang wanita itu sebaiknya dipilih untuk dinikahi adalah kerana berdasarkan agamanya yang baik dan bukannya karena karektor selainnya.


Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a., ia berkata: Rasulullah bersabda:


“Wanita dinikahi karena empat perkara; karena hartanya, karena kedudukannya/keturunannya, karena kecantikannya dan keranan agamanya. Maka, pilihlah yang baik agamanya niscaya engkau beruntung.” (Diriwayatkan oleh al-Bukhari (3/242), Muslim (2/1086), Abu Dawud (2047), an—Nasaa’i (6/68) dan Ibnu Majah (1858))


Ini kerana, dengan karektor agama yang baik inilah sebenarnya ia mencakupi segala faktor-faktor yang lainnya. Dengan aspek agama yang baik ini, keindahan akhlaknya terserlah, kecantikannya terjaga dan terpelihara, malahan martabat dan kehormatannya berbanding wanita di kancah masyrakat kebanyakan juga tinggi nilainya.


Secara umumnya, mereka yang baik agamanya dan lebih taqwanya adalah mulia dan dipandang tinggi di sisi Allah s.w.t.


“Sesungguhnya orang yang paling mulia diantara kamu disisi Allah ialah orang yang paling taqwa diantara kamu...” (al-Hujuraat 49: 13)


Sahabat-sahabat yang saya sayangi, di sini ingin saya nyatakan bahawa faktor atau aspek kecantikan itu bukanlah tidak diperlukan. Tetapi yang ingin saya maksudkan adalah janganlah sehingga kita membataskan semata-mata keinginan kita kepada kecantikan, kerana ia bukanlah prinsip yang dianjurkan Rasulullah s.a.w. sendiri dalam persoalan pemilihan pasangan Isteri.


Dalam hal ini, Sheikh al-‘Azim Abad di dalam kitab ‘Annul Ma’buud Syarh Sunan Abi Daud, ada menyatakan bahawa yang sewajarnya dipilih adalah wanita yang baik agamanya dan memiliki adab yang baik agar kelak berupaya menjadi pertimbangan kepadanya dalam pelbagai urusan kehidupan, terutamanya dalam urusan rumahtangga. Oleh kerana itu, Nabi s.a.w. memerintahkan supaya mencari wanita beragama yang merupakan puncak kepada pencarian (keutamaan pilihan).


Dengan merujuk pula kepada firman Allah s.w.t. berikut:


فَالصَّالِحَاتُ قَانِتَاتٌ حَافِظَاتٌ لِلْغَيْبِ بِمَا حَفِظَ اللَّهُ
“Maka Wanita yang solehah, ialah yang ta’at kepada Allah lagi memelihara dirinya (kehormatannya) ketika suaminya tiada, oleh karena Allah telah memelihara (mereka)." (Surah an-Nisaa’ 4: 34)


Sufyan ats-Tsauri berkata (Diriwayatkan oleh Ibnu Jarir dalam Tafsirnya (5/38) dengan sanad yang shahih): Kalimah “Qaanitaat/ قَانِتَاتٌ” membawa maksud wanita yang taat kepada Allah dan kepada suaminya.”


Nabi pernah ditanya tentang sebaik-baik wanita, yang mana Baginda bersabda:


“Iaitu yang taat apabila diperintah, yang menyenangkan apabila dipandang serta menjaga diri dan harta suaminya.” (Hadits bertaraf sahih, diriwayatkan oleh imam Ahmad (4/341))


Bertepatan dari anjuran hadis Rasulullah ini, maka keutamaan kita dalam memilih calun isteri adalah menjurus kepada wanita yang baik urusannya dalam menjaga kehormatan dirinya dan harta suaminya, sama ada ketika berada di sisi suami, keluarga ataupun di ketika waktu ketiadaan suaminya, secara zahir dan batin yang didasari hati yang bersih serta suci lantaran kesan pegangan agamanya.


Dari kalangan tabi’in, Qatadah bin Di’aamah As-Saduusi pula berkata: “(Wanita yang septutnya menjadi pilihan) Adalah yang menjaga apa-apa yang telah Allah serahkan agar dijaga dari hak-hak suaminya. Menjaga dirinya saat suaminya tidak berada di sisinya.” (Diriwayatkan oleh Ibnu Jarir (5/39) dengan sanad yang shahih)


Telah disebutkan di atas tentang sifat sebaik-baik wanita iaitu,


“Serta menjaga diri dan harta suaminya.”
Abdullah bin Amru r.a. berkata: “Mahukah kalian aku beritahu tentang tiga jenis manusia yang celaka:

(iaitu) Imam yang zalim, bila engkau berbuat baik kepadanya ia tidak berterima kasih, jika engkau berbuat salah kepadanya ia tidak memaafkan. Tetangga/jiran yang jahat, jika ia melihat kebaikan padamu ia tutup-tutupi, jika melihat keburukan padamu ia menyebarkannya. Isteri yang buruk tabiatnya, jika engkau berada di sisinya ia membuatmu gusar/tidak senang. Dan bila engkau tidak berada di sisinya ia berkhianat.”
(Diriwayatkan oleh Ibnu Abi Syaibah dalam kitab Al-Mushannaf (3/559) dengan sanad yang shahih)



Seterusnya, carilah wanita yang memiliki sifat-sifat yang penyayang. Semua ini mampu memberi infect atau kesan yang baik kepada anak-anak kelak serta kepada hati suami yang utamanya. Dalam hal ini,


Nabi s.a.w bersabda: “Nikahilah oleh kalian wanita yang penyayang lagi subur, kerana aku akan berbangga dengan jumlah kalian yang banyak di hadapan umat-umat lain pada hari Kiamat.” (Hadis Sahih, diriwayatkan oleh al-Khathib al-Baghdaadi dalam Tarikh Baghdad (12/377))


“Sebaik-baik wanita yang menunggang unta adalah wanita-wanita yang solehah dari suku Quraisy, mereka adalah wanita yang paling sayang kepada anak-anak sewaktu masih kecil dan yang paling menjaga hak dan harta suami.” (Diriwayatkan oleh Al-Bukhaari (3/240))


Begitulah sebagaimana yang dinyatakan oleh Baginda Rasulullah s.a.w. sendiri perihal keutamaan sikap penyayang pada seorang wanita. Dengan sifat inilah, anak-anak nantinya mampu dididik dengan baik dan penuh perhatian serta kasih sayang seorang ibu. Di sana, peranan ibu adalah suatu keutamaan yang besar sebagai pendidik awal setiap anak-anak yang dilahirkan di dalam sesebuah institusi kekeluargaan. Dari sinilah bermulanya jati diri anak-anak dibentuk untuk menjadi manusia yang baik di masa hadapan. Dengan gabungan faktor kesolehan seorang wanita yang di-adun dengan sikap amanah, berilmu dan kasih sayang seorang wanita, sudah pasti sesebuah rumahtangga mampu menjadi suatu medan atau institusi yang berkesan dalam melahirkan masyarakat yang islamic dan berdaya maju dari konteks tauhid, ubbudiyyah, mu’amalah, dan material.


Dari sifat yang penyayang juga, ia berupaya melahirkan sikap yang menyenangkan. Dan kriteria ini jugalah yang dititikberatkan oleh Rasulullah s.a.w. sebagaimana dalam hadisnya tadi, iaitu


“...yang menyenangkan apabila dipandang...”


Peribadi wanita yang bersifat menyenangkan ini apabila dipandang dan bergaul dengannya mampu menjadi penenang dan penunduk hati suami dan keluarga dalam pelbagai urusan rumahtangga. Sifatnya yang elok dipandang mampu mengawal hati suami dan kelak kepada anak-anak untuk sentiasa berperasaan suka dan mendamaikan suasana. Lantas melahirkan satu persekitaran yang harmoni di dalam sesebuah kekeluargaan.


Di samping sifat penyayang dan peribadi yang menyenangkan, faktor untuk mencari wanita yang mampu melahirkan anak yang baik atau faktor kesuburan juga adalah merupakan salah satu kriteria yang dititikberatkan oleh Rasulullah s.a.w. sendiri.


“Nikahilah oleh kalian wanita yang penyayang lagi subur...”
Dari sudut ini, kelangsungan hidup manusia dan generasi soleh/solehah akan dapat diteruskan melalui kelahiran zuriat-zuriat yang baik. Lantas, dari zuriat yang soleh/solehah (muslim ini) ia berupaya untuk menjaga aspek keturunan dari generasi ke generasi untuk membentuk masyarakat yang menegakkan syari’at Allah, meninggikan agama, memakmurkan alam semesta, dan memperbaiki kehidupan di muka bumi. (Rujuk: Menjaga Kehormatan Muslimah, sheikh Bakr Abdullah Abu Zaid, Daar an-Naba', m/s. 150-151)


Dari sini juga, kita dapat melihat betapa besarnya peranan wanita kepada ummah dan masyarakat sejagat dalam membina ketamadunan dunia. Wanita sebenarnya adalah merupakan akar umbi dan tonggak kepada pelbagai kejayaan generasi manusia.


Jika dilihat kepada sirah di zaman nabi dan para sahabat. Ibu-ibu yang tempatnya di rumah yang mana kefahaman agamanya baik-baik, merupakan faktor yang yang menjadi tonggak kejayaan masyarakat pada zaman itu. Dari didikan seorang wanita yang solehah, lahirnya ramai sekali panglima-panglima perang yang gagah perkasa dan bijaksana dalam mengatur pelbagai strategi ketenteraan. Malah, mampu membina generasi yang handal di medan tempur dan melahirkan para syuhada yang ikhlas dan tulus perjuangannya kepada agama Allah. Dengan didikan para ibulah, lahirnya ramai golongan ulama atau ilmuan tersohor yang sentiasa disebut-sebut namanya sehingga kini.


“Dan para wanita itu mempunyai hak yang seimbang seperti kewajiban yang ditanggung oleh mereka (terhadap suami) dengan cara yang ma’aruf (dan tidak dilarang oleh syara’); Dalam pada itu orang-orang lelaki (suami-suami itu) mempunyai satu darjat kelebihan atas orang-orang perempuan (isterinya). Dan (ingatlah), Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.” (al-Baqarah 2: 228)


Dari sini juga kita dapat melihat bagaimana terjalinnya hubungan antara kelebihan kaum wanita dengan kekuatan kaum lelaki sehingga keduanya akan saling melengkapi dengan masing-masing diberikan keistimewaan, keutamaan, dan tanggungjawab masing-masing.


“Dan (ingatlah), Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.” (al-Baqarah 2: 228)


Anjuran Rasulullah s.a.w. yang seterusnya adalah difokuskan kepada gadis-gadis yang perawan/dara iaitu yang masih belum pernah berkahwin;


Ini adalah berdasarkan hadis Jabir bin Abdillah, ia berkata: “Aku baru saja menikah.

Lalu Rasulullah bertanya: “Dengan siapa engkau menikah?”

“Dengan seorang janda.” Jawabku.

Rasulullah s.a.w bersabda: “Mengapa tidak dengan seorang gadis yang boleh engkau dapat bermain-main dengannya dan dia pun dapat bermain-main denganmu.”

Atau dalam riwayat yang lain beliau mengatakan: “Yang ia boleh membuatmu tertawa gembira dan engkau boleh membuatnya tertawa gembira.”
(Hadis Riwayat Bukhari (111/240) & Muslim (11/1078))



Imam An-Nawawi rahimahullah berkata, di dalam Syarah Sahih Muslim (10/294): “Hadits ini menjelaskan tentang kelebihan menikahi gadis perawan/dara, dan menunjukkan bahawasanya menurut keutamaan menikahi mereka adalah lebih baik.”


Dalam hadis yang lain, Rasulullah s.a.w., beliau bersabda: “Nikahlah dengan gadis perawan, kerana mereka itu lebih manis bibirnya, lebih subur rahimnya, dan lebih redha dengan yang sedikit.” (Hadis Riwayat Ibnu Majah, (no. 1861) di dalam kitab an-Nikah)


Dalam persoalan ini, dapat dibezakan di antara wanita yang janda dengan yang gadis kerana mungkin sahaja wanita yang janda ini sudah memiliki anak yang perlu dijagai dan memerlukan lebih perhatian kepada anaknya. Selain itu, mungkin juga dia sudah beberapa kali hamil dan akan memiliki kebarangkalian keletihan untuk hamil lagi dan memiliki hasrat untuk tidak mahu memiliki anak lagi. Mungkin juga ia mampu mengganggu hubungan seksual suami dan isteri kerana kebiasaannya wanita yang berstatus janda tidak cukup dengan hubungan/layanan yang sedikit. Berbeza dengan gadis yang masih belum pernah berkahwin, ia lebih mudah terangsang dan redha dengan layanan yang sedikit. (Rujuk: Indahnya Menikah ‘Ala Sunnah Nabi, Amru Abdul Mun’im Salim, Daar an-Naba’, m/s. 52)


Akhir sekali, suatu yang perlu di-ambil perhatian. Bahawasanya Allah dan Rasul-Nya melarang lelaki ataupun sebaliknya untuk menikahi atau mengahwini pasangan yang terdiri dari kalangan penzina. Tetapi pilihlah wanita yang mulia, suci dan terjaga kehormatannya sebagaimana yang dinyatakan di awal tulisan ini tadi,


“...yang ta’at kepada Allah lagi memelihara dirinya (kehormatannya).” (an-Nisa’ 4: 34)


Persoalan ini juga dijelaskan oleh Allah s.w.t. sebagaimana di dalam firman-Nya yang berikut:


“Laki-laki yang berzina tidak mengawini melainkan perempuan yang berzina, atau perempuan yang musyrik; dan perempuan yang berzina tidak dikawini melainkan oleh laki-laki yang berzina atau laki-laki musyrik, dan yang demikian itu diharamkan atas orang-orang yang mukmin.” (an-Nuur 24: 3)


Dalam suatu riwayat, sebelum turunnya ayat ini seorang sahabat bernama Abu Martsad al-Ghanawi r.a. datang menemui Rasulullah s.a.w. meminta restu/keizinan untuk menikahi seorang wanita pelacur yang dahulunya semasa jahiliyyah adalah bekas kekasihnya (wanita itu bernama ‘Anaq). Dan sehinggalah turunnya ayat di atas (Surah an-Nuur 24: 3) Rasulullah s.a.w. menjelaskan “Jangan dinikahi wanita itu!” (Diriwayatkan oleh imam yang empat kecuali Ibnu Majah)


Ini antaranya adalah kerana wanita penzina dan pelacur itu boleh mengganggu urusan kebahagian sesebuah rumahtangga dan institusi kekeluargaan pasangan suami isteri. Malah status pelacur/penzina ini sendiri menurut Ibnu Umar r.a. adalah merupakan antara manusia yang celaka sebagaimana riwayat ini (telah dijelaskan di awal tulisan), “wanita yang apabila engkau tidak berada di sisinya ia berkhianat.”
Manakala menurut Hasan al-Basri rahimahullah; “Tidaklah halal dinikahi wanita penzina dan wanita simpanan.” (Diriwayatkan oleh Sa’id bin Mashur dalam as-Sunan (5/8) dengan sanad yang sahih)


Adapun begitu, andainya dia (wanita yang awalnya seorang penzina) merupakan dari kalangan wanita yang sudah bertaubat dan sudah meninggalkan perbuatan pelacuran, maka keharaman itu terhilang dan termansuh sebagaimana menurut Abdullah bin Abbas r.a.: “Awalnya zina akhirnya nikah, awalnya haram akhirnya halal.” (Diriwayatkan oleh Ibnu Abi Syaibah (3/529) dengan sanad yang sahih)


Dan daripada firman Allah s.w.t.:


"...kecuali orang-orang yang bertaubat sesudah itu dan memperbaiki (dirinya), maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (an-Nuur 24: 5)


Shilah bin Asyyam rahimahullah berkata: “Tidak mengapa menikah keduanya samaada wanita atau pemuda dengan penzina yang telah bertaubat kepada Allah. Allah lebih berhak menerima taubat keduanya. Jika keduanya adalah penzina dan belum bertaubat, maka lelaki yang buruk pasangannya juga adalah dengan wanita yang buruk pula. (Diriwayatkan oleh Ibnu Abi syaibah (3/528) dengan sanad yang sahih)


Sebagai kesimpulan, membuat pilihan calun isteri bukanlah suatu perkara yang boleh dipandang remeh. Ia amat berat pada hakikatnya kerana ia bakal menjaga urusan dalam kekeluargaan yang diketuai oleh seorang lelaki bernama suami. Dan bakal menjadi pembimbing anak-anak atau zuriat yang kelak bakal dilahirkan. Kriteria-kriteria yang baik berserta kebijaksanaan dalam pelbagai bidang ilmu tertentu dan persoalan keagamaan perlu dilihat sebagai keutamaan supaya segala perjalanan kehidupan di masa mendatang bakal ter-urus dengan baik dan tersusun. Supaya kelak, kehidupan anda bersama keluarga bakal mengecapi suasana yang aman bahagia dan tenteram. Lantas mampu melahirkan masyrakat yang berhubungan dengan harmoni.


Antara ciri-ciri yang lain bagi calun isteri yang baik secara umum adalah seperti berilmu, sentiasa bersyukur, tahu menjaga hubungan yang baik dengan kaum keluarga kedua belah pihak, memiliki daya kepimpinan terhadap pengurusan rumahtangga dengan baik, memahami kehendak/keperluan suami, batas pergaulannya terjaga, dan sentiasa menjaga penampilan yang baik.


“Kebahagiaan manusia ada tiga: Wanita yang solehah, tempat tinggal yang baik, dan kenderaan yang baik. Sedangkan kesengsaraan manusia ialah: Wanita yang buruk (perangainya), tempat tinggal yang buruk, dan kenderaan yang buruk.” (Hadis Riwayat Ahmad (1/168), dengan sanad yang sahih)


Dan mereka berkata (berdoa): "Wahai Tuhan kami, anugerahilah kepada kami isteri-iesteri kami dan zuriat keturunan kami sebagai penyenang hati kami, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang bertaqwa. (al-Furqan 25: 74)


Dan sebaik-baik wanita itu adalah mereka yang soleh dalam agamanya, sebagaimana hadis berikut:


“Dunia itu seluruhnya adalah perhiasan, sebaik-baik perhiasan dunia adalah isteri yang solehah.” (Hadis Riwayat Muslim, Kitab ar-Ridha)


InsyaALLAH, artikel seterusnya akan bersambung dengan tajuk:


“Memilih Calun Suami Anjuran Rasulullah s.a.w.”

 

Perkahwinan dan hak suami ke atas isteri serta hak isteri ke atas suami





Ahad, 18 Januari 2009 23:48
Perkahwinan merupakan fitrah yang Allah anugerahkan ke atas manusia, baik lelaki mahupun perempuan. Menurut Islam perkahwinan bukanlah atas tuntutan nafsu, tetapi atas tuntutan agama. Perkahwinan bukan semata-mata untuk memuaskan syahwat tetapi untuk memenuhi kehendak tujuan kejadian manusia iaitu untuk beribadah kepada  Allah. Kerana itu setiap Muslim mahupun Muslimah perlu merancang agar perkahwinan mereka tergolong di dalam rangka mendekatkan diri kepada Allah (taqarrub ila Allah).

Dalam sebuah hadis yang  diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim, Rasulullah Sallallahu Alaihi wa Sallam bersabda;
Wanita itu dinikahi kerana empat perkara: kerana hartanya; kerana keturunannya; kerana kecantikannya; kerana agamanya. Pilihlah olehmu wanita yang beragama nescaya kamu berbahagia”. [HR Bukhari dan Muslim]

Hadis di atas menerangkan pedoman dari Rasulullah bahawa asas perkahwinan mestilah didasarkan kepada ketakwaan. Muslimin dan Muslimat di sarankan agar memotivasikan diri untuk menjadikan perkahwinan itu sebagai rangka mendekatkan diri kepada Allah Subhanahu wa Taala.

Perkahwinan merupakan pangkal, sementara berbagai-bagai hubungan lain hanyalah cabang dari adanya hubungan perkahwinan. Dengan kata lain, jika tidak ada perkahwinan, tidak mungkin muncul status suami, isteri, anak, bapa, ibu dan sebagainya.Islam telah menganjurkan kaum Muslimin untuk melangsungkan perkahwinan. Ibnu Mas’ud radhiallahu anhu menuturkan bahawa Rasulullah bersabda sebagai berikut:
Wahai para pemuda, siapa saja di antara kalian yang telah mampu memikul beban, hendaklah ia segera bernikah, kerana hal itu dapat menundukkan pandangan dan menjaga kehormatan. Sebaliknya siapa sahaja yang belum mampu, hendaklah ia berpuasa, kerana hal itu dapat menjadi perisai.”

Seorang Muslim atau Muslimah yang baik selalu berharap kepada Allah agar mendapatkan pasangan yang dapat menjaga kehormatan dirinya, keluarganya dan kedekatannya kepada Allah Subhanahu wa Taala. Ia akan bersyukur jika ia berhasil memiliki pasangan yang soleh/solehah. Sebab ia telah mendapat keberuntungan yang paling besar. Rasulullah Sallallahu Alaihi wa Sallam bersabda:
Dunia adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan dunia adalah wanita solehah.” [HR Muslim]

Seorang Muslim tidak dianjurkan menikahi seseorang kerana kecantikannya, kekayaannya mahupun darjatnya, tetapi dianjurkan agar memilih yang bertaqwa. Rasulullah Sallallahu Alaihi wa Sallam bersabda;
Janganlah kalian menikahi perempuan itu kerana kecantikannya, mungkin kecantikannya itu akan membawa kerosakan bagi mereka sendiri. Janganlah pula kalian menikahi mereka kerana mengharap harta mereka, mungkin hartanya itu akan menyebabkan mereka sombong. Akan tetapi, nikahilah mereka dengan dasar agamanya. Sesungguhnya hamba sahaya yang hitam lebih baik, asalkan ia beragama.” [HR Ibnu Majah]

Hadis di atas menuntut agar seseorang berkahwin kerana agama dan bukan kerana selainnya. Apa yang penting, setiap perkahwinan itu mestilah berdasarkan cinta kasih pasangan kerana Allah. Jika setiap pasangan berkahwin atas cinta kerana Allah, nescaya mereka akan beroleh rahmat dari perkahwinan tersebut sebagaimana Firman Allah Subhanahu wa Taala:
Di antara tanda-tanda kekuasaanNya ialah Dia menciptakan untuk kalian isteri-isteri dari jenis kalian sendiri supaya kalian cenderung dan merasa tenteram kepadanya dan dijadikanNya di antara kalian rasa kasih dan sayang.” [TMQ ar-Rum (30):21]

Kehidupan suami isteri
Pada dasarnya, hubungan suami-isteri adalah hubungan yang didasarkan pada prinsip persahabatan yang akrab, saling mengerti dan saling memerlukan. Hubungan suami isteri ini akan menjadi lebih bermakna jika suami isteri itu tahu menjalankan tanggung jawab masing-masing. Dengan ini syariat Islam telah menjelaskan apa yang menjadi hak isteri atas suaminya dan hak suami atas isterinya. Sebagaimana Firman Allah:
Para wanita mempunyai hak yang seimbang dengan kewajipannya menurut cara yang makruf.” [TMQ al-Baqarah (2):228]

Ertinya hak yang dimiliki oleh seorang isteri atas suaminya sama seperti hak suami atas isterinya dari sudut masing-masing mesti mematuhi perintah dan larangan Allah. Oleh sebab itu Ibn Abbas pernah bertutur demikian,
Sesungguhnya aku suka berhias untuk isteriku, sebagaimana ia berhias untukku. Aku pun suka meminta agar ia memenuhi hakku yang wajib dia tunaikan untukku, sehingga aku pun memenuhi haknya yang wajib aku tunaikan untuknya.” 

Dan kata-katanya lagi;
Para isteri berhak merasakan suasana persahabatan dan pergaulan yang baik dari suami mereka, sebagaimana mereka pun berkewajiban untuk melakukan ketaatan dalam hal yang memang diwajibkan atas mereka terhadap suami mereka.”

Antara hak dan kewajiban suami ke atas isterinya ialah:
(1) Suami berkewajiban memberi nafkah kepada isterinya seperti makanan, minuman, pakaian mahupun tempat tinggal dengan cara yang baik. Sebagaimana sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi wa Sallam:
Engkau (suami) harus memberinya makan jika engkau makan dan memberinya pakaian jika engkau berpakaian. Janganlah engkau menempeleng wajahnya, janganlah engkau menghinanya, dan jangan pula membiarkannya kecuali di dalam rumah.” [HR Ahmad, Abu Dawud, Ibn Hibban]

(2)  Suami berkewajiban memenuhi keperluan seksual isterinya, walaupun hanya sekali dalam masa empat bulan, yakni jika keadaan tidak mengizinkan. Keadaan ini ditetapkan berdasarkan Firman Allah Subhanahu wa Taala:
Kepada orang-orang yang hendak bersumpah untuk menjauhkan dirinya dari isteri-isterinya, bagi mereka ada masa tangguh sampai empat bulan. Kemudian jika mereka kembali kepada isterinya maka sesungguhnya Allah maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” [TMQ al-Baqarah (2):226]

(3)  Minimum tidur bersama isteri sekali dalam setiap empat hari. Pada masa Umar bin al-Khatthab ketetapan semacam ini pernah dilakukan. Ketetapan Umar ini diambil dari firman Allah;
Nikahilah wanita-wanita yang kalian senangi dua, tiga, atau empat.” [TMQ an-Nisa’ (4):3]

Ini bermaksud, jika seorang suami itu mempunyai empat orang isteri (maksimum) maka jarak giliran antara setiap orang isteri adalah empat hari. Jadi, berdasarkan mafhum ayat, empat hari adalah had maksimum bagi suami melayani hak tidur isteri, walaupun isterinya adalah seorang.

(4) Berbuat adil dalam pembahagian jika suami mempunyai isteri lebih dari seorang. Rasulullah Sallallahu Alaihi wa Sallam bersabda:
Siapa saja yang mempunyai dua orang isteri, kemudian dia lebih cenderung kepada salah satunya, maka orang itu pada hari kiamat akan dipapah oleh seseorang kerana jatuh atau tertatih-tatih.” [HR at-Tirmidzi]

(5) Jika isterinya seorang gadis, maka si suami hendaklah tinggal bersamanya selama tujuh hari dari permulaan pernikahannya dan tiga hari (dari tarikh pernikahan) jika isterinya seorang janda. Ini di ambil dari sabda Rasulullah yang ertinya:
Bagi gadis tujuh hari, sedangkan bagi janda tiga hari, kemudian barulah ia kembali kepada isterinya yang lama.” [HR Muslim]

(6) Suami disunnahkan memberikan izin kepada isterinya jika ingin melihat saudaranya yang sakit atau menziarahi jika ada yang meninggal dunia.

Di antara hak suami atas isterinya ialah:
(1) Isteri wajib mentaati suaminya dalam hal kebaikan, bukan dalam kemaksiatan kepada Allah. Namun demikian, seorang suami hendaknya tidak memberatkan atau menyusahkan isterinya. Ketentuan semacam ini diambil dari Firman Allah:
Jika isteri-isteri kalian mentaati kalian maka janganlah kalian mencari-cari jalan untuk menyusahkan mereka.” [TMQ an-Nisa’ (4):34]

Rasulullah juga bersabda:
Sekiranya aku dibolehkan menyuruh seseorang bersujud kepada orang lain, nescaya aku akan menyuruh seorang isteri bersujud kepada suaminya.” [HR at-Tirmidzi]

(2) Seorang isteri wajib menjaga harta kekayaan dan rahsia suaminya. Ia juga tidak boleh keluar rumah kecuali atas izin suaminya. Ketentuan ini diambil dari sabda Rasulullah:
(Sebaik-baik wanita adalah) yang membahagiakan suaminya jika ia memandangnya, yang sentiasa mentaati suaminya jika ia memerintahnya, dan yang tidak bermaksiat terhadap suaminya atas dirinya dan hartanya dengan sesuatu yang dibenci suaminya” [HR an-Nasa’i]

(3) Berpergian bersama suaminya jika diajak. Sebab, berpergian bersama suami merupakan hak suami yang wajib ditaati oleh isterinya.

(4) Isteri wajib melayani suami jika suami mahu bersamanya. Ini kerana, melayani keperluan seksual suami merupakan kewajipan isteri dan hak bagi suami. Dalam sebuah hadis disebutkan:
Jika seorang suami mengajak isterinya untuk tidur bersama, kemudian isterinya menolaknya, hingga suaminya marah, maka malaikat akan melaknatnya hingga pagi hari.” [Muttafaq ‘alaih]

(5)  Seorang isteri wajib meminta izin suaminya jika ia hendak mengerjakan puasa sunat. Hal ini didasarkan pada sabda Rasulullah:
Tidak halal bagi isteri untuk melakukan puasa ketika suaminya menyaksikannya, kecuali berdasarkan izinnya.” [Muttafaq ‘alaih].

Apa yang diterangkan di atas hanyalah sebahagian dari hak dan tanggungjawab di antara suami isteri di dalam kehidupan rumah tangga. Jika suami tidak menunaikan hak isterinya, suami tersebut telah melakukan kesalahan. Begitu juga, jika seorang isteri tidak memenuhi hak suaminya ia telah melakukan nusyuz.

Nusyuz
Nusyuz adalah pelanggaran isteri terhadap perintah dan larangan suami secara mutlak. Hukum nusyuz berlaku apabila si isteri melanggar perintah dan larangan suami semasa berada di dalam hayatul khas/kehidupan khusus (rumah tangga) seperti di dalam rumah. Adapun jika seorang isteri melanggar perintah suaminya di luar kehidupan khusus itu, ini tidak dinamakan nusyuz.

Syariat Islam telah menetapkan beberapa hak suami yang perlu dijalankan oleh seorang isteri. Antaranya menguruskan rumah tangga. Apabila seorang suami menyuruh isterinya membancuh teh, membasuh pakaian, memasak, memandikan anak-anak dan menggosok pakaiannya, jika isterinya tidak mahu melakukannya, ini bermakna isterinya itu telah melakukan nusyuz terhadap suaminya.

Begitu juga, jika seorang suami melarang isterinya bertabarruj (berhias diri) atau tidak memakai tudung di hadapan tetamunya di dalam rumah, jika isterinya melanggar larangan suaminya itu, maka isteri tersebut telah melakukan nusyuz.

Sebaliknya jika suami tersebut melarang si isteri keluar rumah bertabarruj atau tidak memakai tudung (di luar rumah – hayatul am), jika si isteri tersebut tidak mengikut larangan suaminya itu, ini tidak dinamakan nusyuz kerana perbuatan itu bukanlah di dalam hayatul khas. Isteri tersebut telah melakukan keharaman kerana melanggar perintah Allah, cuma perbuatan tersebut tidak termasuk kategori nusyuz kerana berlaku di dalam hayatul am.

Contoh yang sama adalah jika si suami melarang isteri dari mencuri. Namun isteri melanggar perintah suami dan tetap mencuri (contohnya mencuri di pasar raya), maka isteri tersebut telah melakukan dosa dan keharaman. Namun ini tidak termasuk di dalam kategori nusyuz. Dan dari segi hukuman, isteri tersebut wajib dipotong tangannya oleh negara (Khilafah) dan bukannya dikenakan hukuman nusyuz oleh suami.

Ketika syariat Islam telah menetapkan hak suami secara umum untuk memerintahkan isterinya melakukan sesuatu, atau melarangnya, syariat juga telah membenarkan beberapa hal dari keumuman tersebut. Misalnya, syariat membolehkan seorang wanita untuk menjalankan perniagaan, mengajar, menghubungkan silaturrahim, pergi ke masjid, menghadiri ceramah ataupun seminar dan sebagainya. Seandainya si isteri melanggar larangan suaminya ini, maka si isteri tersebut tidak jatuh nusyuz kerana ini merupakan hak di dalam kehidupan umum yang dibenarkan oleh Allah ke atas wanita. Namun si isteri mestilah meminta izin kepada suami untuk keluar rumah dan mesti mentaati keputusan suaminya selama mana tidak melanggar syarak.

Syariat Islam juga telah mewajibkan wanita untuk berdakwah dalam masyarakat. Ini bermakna wanita/isteri juga wajib berdakwah, sebagaimana lelaki/suami. Seandainya si suami melarang si isteri untuk keluar berdakwah, ini adalah satu kesalahan bagi pihak suami. Meski demikian, jika di rumah ada kewajipan lain seperti menguruskan anak-anak, menyiapkan pakaian, makan dan minum suami, maka hal ini hendaklah dilakukan terlebih dahulu oleh si isteri.

Hukuman nusyuz.

Hukuman nusyuz telah dijelaskan oleh Allah Subhanahu wa Taala sebagaimana firmanNya yang bermaksud:
Wanita-wanita yang kalian khuatirkan nusyuznya, maka nasihatilah mereka, tinggalkanlah mereka di tempat tidurnya, dan pukullah mereka (dengan pukulan yang tidak membekas), jika mereka mentaati kalian, janganlah kalian mencari-cari alasan untuk menghukum mereka” [TMQ an-Nisa’(4):34)

Jadi bentuk hukuman tersebut (dan mesti dilakukan menurut urutan) adalah:
1. menasihatinya dan memberi peringatan kepadanya.
2. mengasingkan tempat tidur.
3. memukulnya dengan pukulan yang tidak membekas.

Semua hukuman tersebut ditetapkan sebagai cara agar seorang isteri mentaati suaminya. Jadi, apabila isteri melakukan nusyuz, maka penyelesaiannya mestilah mengikut hukuman di atas.

Di samping itu, satu hal yang semestinya diperhatikan adalah bahawa kehidupan suami isteri harus merupakan bentuk kehidupan berkeluarga yang penuh dengan kasih sayang dan rahmat (mawwadah wa rahmah ). Rasulullah Sallallahu Alaihi wa Sallam bersabda:
Sebaik-baik kalian adalah yang paling baik terhadap keluarganya, dan akulah orang yang terbaik di antara kalian terhadap keluargaku.” [HR Muslim]

Wallahu a’lam bi sawab.

Hubungan Suami Isteri

Dalam satu hadith disebut “Bersihkanlah dirimu dari perempuan selain isterimu” Janganlah bergurau senda dengan isteri atau suami orang jikalau kita tidak suka orang lain bergurau senda dengan isteri atau suami kita. Jika kita “main kayu tiga”, suami atau isteri kita pun akan turut “main kayu tiga”.
Rasulullah SAW bersabda “Muliakanlah ibubapa kalian sebagaimana kalian memuliakan anak-anak kalian, dan peliharalah kehormatan wanita-wanita lain sebagaimana kalian memelihara kehormatan wanita-wanita kalian sendiri. Barangsiapa dimintai maaf lalu ia tidak mau menerimanya, nescaya ia tidak akan dapat mencuba telagaku”. (Riwayat Hakim melalui Jabir r.a.)
Buat-baik kepada isteri

Terdapat juga hadith yang menyuruh berbuat baik kepada isteri. Rasulullah SAW bersabda “Berwasiat kebaikanlah kalian di dalam menghadapi kaum wanita, kerana sesungguhnya wanita itu berasal dari tulang rusuk yang bengkok. Sesungguhnya tulang rusuk yang paling bengkok adalah yang paling atas; apabila engkau luruskan nescaya ia patah. dan apabila engkau biarkan ia tetap bengkok, kerana itu berbuat baiklah di dalam menghadapi kaum wanita”. (Riwayat Syaikhain melalui Abu Hurairah)
Mentaati suami
Bagi isteri pula , hanya 4 syarat untuk mereka ke syurga “Apabila seorang isteri mengerjakan solat 5 waktu, mengerjakan puasa sebulan, memelihara kehormatannya (aurat) serta mentaati suaminya, nescaya dia akan masuk syurga”. (Riwayat Imam Bazzar melalui Anas r.a)
Pernah Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud : “Jikalau sekiranya ada perintah dari Allah SWT untuk menyuruh manusia sujud kepada manusia nescaya aku suruh isteri sujud kepada suaminya.”
Dari Abdullah bin Umar r.a katanya: Rasulullah s.a.w telah bersabda: “Wahai kaum wanita! Bersedekahlah kamu dan perbanyakkanlah istighfar iaitu memohon ampun. Kerana aku melihat kaum wanitalah yang lebih ramai menjadi penghuni Neraka.”
Seorang wanita yang cukup pintar di antara mereka bertanya: “Wahai Rasulullah, kenapa kami kaum wanita yang lebih ramai menjadi penghuni Neraka?” Rasulullah S.A.W bersabda: “Kamu banyak mengutuk dan mengingkari suami. Aku tidak melihat mereka yang kekurangan akal dan agama yang lebih menguasai pemilik akal, daripada golongan kamu.
Wanita itu bertanya lagi: “Wahai Rasulullah! Apakah maksud kekurangan akal dan agama itu? “Rasulullah s.a.w bersabda: “Maksud kekurangan akal ialah penyaksian dua orang wanita sama dengan penyaksian seorang lelaki. Inilah yang dikatakan kekurangan akal. Begitu juga wanita tidak mendirikan sembahyang pada malam-malam yang dilaluinya kemudian berbuka pada bulan Ramadhan kerana haid. Maka inilah yang dikatakan kekurangan agama” (Hadis Riwayat At-Turmizi).
Isteri dapat separuh pahala suami

Setiap isteri mendapat separuh daripada pahala amalan yang dilakukan oleh suaminya. Misalnya sekiranya seorang suami keluar untuk pergi sembahyang berjemaah di masjid atau menuntut ilmu, maka isterinya yang berada di rumah mendapat separuh dari pahala suaminya (jika isteri itu tidak menentang atau membantahnya)
Cerai
Dalam satu hadith disebut, “Janganlah kamu menceraikan isteri kamu melainkan ada perkara mencurigakan yang diyakini, Allah murka orang yang berkahwin di atas konsep rasa”
Janganlah menceraikan isteri semata-mata kerana perkara yang remeh-temeh seperti masakannya tidak cukup garam dan sebagainya. Namun jika diyakini dia telah melakukan perkara yang tidak senonoh dan curang, dayus jika tidak diceraikan. Konsep dayus bukan hanya diguna pada suami-isteri, malah dayus yang paling tinggi ialah orang yang tidak mempertahankan maruah agamanya dan membiarkan agamanya dihina.

Dalam hadith yang lain, “Perkara halal yang paling dibenci Allah s.w.t adalah talak” (iaitu perceraian). 


POLIGAMI MENURUT CARA RASULLULLAH S.A.W.

Kisah-kisah rumahtangga, sebut-sebut pasal POLIGAMI, bincang-bincang suami lebih muda dari isteri dan pelbagai cerita  serta tauladan yang dapat diambil marilah kita bersama-sama tauladani kisah ROMANTIK RASULULLAH SAW bersama isterinya. Rasulullah s.a.w adalah contoh yang terbaik seorang suami yang mengamalkan sistem Poligami.  Baginda s.a.w. romantik kepada kesemua  isterinya. Disebutkan satu kisah pada suatu hari isteri-isteri Baginda s.a.w. berkumpul dihadapan Baginda s.a.w. lalu bertanya "Siapakah diantara mereka (isteri-isteri) yang paling disayangi". Rasulullah s.a.w hanya tersenyum lalu berkata, "Saya akan beritahu kamu kemudian."  Selepas daripada pertemuan itu, Rasulullah s.a.w. telah memberikan setiap seorang daripada isteri-isteri Baginda s.a.w. sebentuk cincin. Baginda s.a.w. berpesan  supaya tidak memberitahu kepada isteri -isteri yang lain. Lalu suatu hari mereka berkumpul lagi dan bertanyakan soalan yang sama. Rasulullah s.a.w., lalu menjawab "Orang yang paling aku sayangi ialah yang kuberikan cincin kepadanya". Isteri-isteri Baginda s.a.w. tersenyum puas kerana  menyangka hanya diri mereka sahaja yang mendapat cincin dan merasakan bahawa  diri mereka tidak terasing. 
Tidak ketinggalan amalan-amalan lain yang boleh dilakukan untuk mendapat  suasana romantik ini Rasulullah s.a.w. ada bersabda yang bermaksud: "Apabila pasangan suami isteri berpegangan tangan, dosa-dosa akan  keluar melalui celah-celah jari mereka". Rasulullah s.a.w. selalu berpegangan tangan dengan Aisyah ketika di dalam rumah. Baginda s.a.w. acap kali memotong kuku isterinya, mandi junub bersama, dan mengajak salah seorang dari isteri Baginda s.a.w. pergi musafir (mengikut undian) untuk menambahkan lagi kasih sayang di antara mereka. Inilah serba sedikit kisah romantik Rasulullah s.a.w. agar dapat kita tauladani dan praktikkan dalam kehidupan berumahtangga. 
Pada suami-suami yang budiman selepas ini peganglah tangan isteri anda setiap waktu, setiap masa dan setiap saat begitu juga pada isteri -isteri solehah peganglah tangan suami anda bagi menghapuskan segala dosa-dosa.

SUAMI YANG DAYUS

Semakin memuncaknya kemajuan dunia, semakin meningkatlah jumlah manusia yang terlibat dalam kancah kemaksiatan. Rata-rata manusia hari ini berlumba-lumba mengejar  kemewahan materialistik, pangkat dan nama. Bagi mereka itulah tiket kebahagiaan dan kepuasan hidup. Tidak peliklah bila si isteri sama-sama berganding bahu dengan suami di luar rumah. Secara automitik melibatkan diri dengan dunia sosial yang terpaksa  lincah ke sana ke mari. Ada setengah suami yang bangga bila isterinya aktif berkecimpung di dalam berbagai pertubuhan luar, alasannya untuk menambahkan amal jariah. Apa yang sedih, perlaksanaannya berlawanan dengan syariat dan bercampur aduk pergaulan antara lelaki dan perempuan yang bukan muhram.
Kadang-kadang, untuk menenangkan fikiran dan menyihatkan badan, mereka sanggup meluangkan masa keluar bermain tennis atau berjogging suami isteri. Bertukar-tukar pasangan merupakan suatu perkara yang lumrah bagi mereka. Isteri si A dengan suami si B, suami si B dengan isteri si A dalam satu gelanggang. Hinanya mereka ini kerana langsung tidak ada perasaan cemburu, lebih menyedihkan lagi bila aurat terdedah sesama sendiri. Ada juga suami yang bangga bila isterinya dapat berkenalan atau berdamping rapat dengan orang-orang ternama.
Sayang seribu kali sayang. Dayuslah seorang suami yang bersifat begini. Kemanakah dicampakkan sifat "gentleman" yang Allah s.w.t. kurniakan itu? Isteri bukannya barang dagangan yang boleh diperagakan ke sana sini. Sekiranya pasangan suami isteri itu hadir di dalam sesuatu majlis kemudian dibiarkan isterinya bergaul bebas dengan lelaki lain, tunggulah! Ancaman dan balasan dari Allah s.w.t amat pedih sekali. Adalah mereka itu di dalam laknat Allah Taala, Rasul dan malaikat-Nya sehingga dia kembali ke rumah. Sebuah peringatan dari Rasulullah s.a.w bemaksud:
"Barangsiapa memenuhi akan matanya dengan memandang yang haram nescaya memenuhi Allah Taala akan matanya itu daripada bara api neraka."
Sebenarnya seorang isteri itu tidak ada masa hendak berhibur hati mencari ketenangan dengan mengadakan persatuan itu dan ini yang belum tentu terjamin berlandaskan Al-Quran dan sunnah. Lainlah, isteri pergi ke majlis kuliah-kuliah fardhu ain, majlis tahlil atau hal-hal bersangkutan dengan rumahtangga di mana boleh menambahkan keimanan dan kecintaan kita terhadap Allah s.w.t, Rasul dan keluarga. Berazam mendidik anak-anak supaya menjadi soleh dan solehah. 
Rasulullah s.a.w. berbangga dengan umat wanitanya yang taat kepada suami mereka. Allah s.w.t suka kepada tiga perkara iaitu:
1. Mata yang menangis kerana Allah s.w.t..
2. Orang yang berjaga malam kerana berjihad kepada Allah s.w.t.
3. Isteri-isteri yang solehah.

Rasulullah s.a.w. bersabda di dalam hadis yang bermaksud:
"Telah meminta ampun bagi segala perempuan yang mengikut perintah suaminya oleh segala burung yang terbang di udara dan ikan di air dan segala malaikat yang di langit dan matahari dan bulan selama perempuan itu di dalam keredhaan suami."
Dapatlah kita fahami bahawa sekelian makhluk di dunia ini sentiasa bertasbih dan berdoa supaya isteri-isteri yang mentaati suami itu menjadi wanita yang solehah bakal penghuni syurga-syurga. Imam Ghazali r.a ada berkata:
"Apabila keluar segala perempuan maka sayugia dia memejamkan matanya dari melihat akan sekelian lelaki ajnabi."
Maksud memejamkan mata di sini ialah menundukkan pandangan dari melihat lelaki yang bukan muhram. Bukannya meliarkan mata memandang ke sana sini biarpun telah memakai purdah. Tanpa disedari kita telah mengenali mereka, serba sedikit apa yang tidak kena  pada mereka juga diketahui contohnya, "Mulut si fulan ini lebarlah, badan si fulan ni gemuklah, hidungnya pesetlah dan macam-macam lagi," tanpa disedari kita telah mengumpat mereka.
Bagi suami hendaklah pastikan supaya anak isterinya terhindar dari perangai di atas. Zina mata boleh membawa kepada zina hati. Berdosa besarlah jika suami membiarkan ahli keluarganya bersikap demikian. Allah s.w.t akan mengharamkan mereka dari mencium bau syurga.
 
Telah diceritakan oleh perawi hadis, Imam Ahmad dan Nasai dan hakim daripada Ibnu Umar, "Ada tiga orang yang telah Allah s.w.t haramkan dari memasuki syurga iaitu:

1. Orang yang mengekali minum arak. 
Ada diceritakan, bagi umat Islam jika ia meminum walau seteguk sekalipun arak tersebut, maka akan pecah berkecailah kalimah tauhid yang tertulis di dahinya. Zahirnya memanglah kita tidak nampak, tapi itulah keistimewaan yang Allah s.w.t. berikan kepada umat Islam.
Sebuah kalimah tauhid yang meng-Esakan-Nya. Sebuah tempat yang mulia, tempat kita sujud syukur ke hadrat Ilahi demi membuktikan bahawa kita ini insan yang serba lemah dan dhaif.

2. Orang yang menderhakai ibu bapa 
Ada diceritakan juga, pada malam Lailatul Qadar terdapat empat perkara yang boleh menyebabkan terhijabnya doa seseorang di malam tersebut bila ada padanya:
A- Orang yang derhaka dengan ibu bapanya.
B- Orang yang meminum arak
C- Dua orang yang tidak bertegur sapa antara satu sama lain selama 3 hari.
D- Orang yang memutuskan silaturahim

Cuba kita kaji dan teliti ke empat-empat perkara di atas, jika ada salah satu yang berkait dengan diri kita maka berusahalah untuk terus memperbaiki diri. Mungkin tiga perkara itu dapat kita atasi tapi bagaimana pula pertautan hati dengan ibu bapa kita selama ini? Tidak ada gunanya kita bertungkus lumus mengerjakan amal ibadah yang lain yang dirasakan sewajarnya mendapat balasan dari Allah s.w.t, sedangkan hati ibu bapa kita dilukai. Kita biarkan hidup mereka melata tidak berhaluan atau kita menjadi tuan kepada mereka.
Terhijabnya segala doa dan amal kebajikan kita selagi kita menderhakai mereka. Tidak hairanlah kita menjadi seorang yang keras hati, angkuh dan ego dengan apa yang kita perolehi. Jangan bangga dapat menawan hati-hati manusia lain dengan apa yang kita lakukan atau apa yang kita perkatakan tapi kita perbudak-budakkan emak ayah kita. Selagi perintahnya tidak bercanggah dengan syariat, kita kenalah taat dan berlemah-lembut serta berhikmah dalam mengatur sesuatu tindakan jika ada yang tidak kena pada hati mereka. Yakinlah bila kita berakhlak dengan mereka segala apa yang kita laksanakan semuanya mendapat rahmat dan bantuan Allah s.w.t.. Anak yang soleh itu ialah yang sentiasa mendoakan kesejahteraan ayah bondanya. 
3. Suami yang dayus.
Membiarkan ahli keluarganya melakukan zina. Setengah ulama menyifatkan makna dayus itu, "Suami yang membiarkan isterinya dengan lelaki lain."
Setengahnya pula menyifatkan begini:
"Orang yang membeli jariah (hamba) yang pandai menyanyi untuk menghiburkan orang lain."
Maka tersuratlah di depan pintu syurga yang bermaksud:
"Engkau hai syurga haramlah atas segala lelaki yang dayus."
Tersebut di dalam sebuah hadis Rasulullah s.a.w yang membawa maksud:
"Barangsiapa berbuat zina dengan perempuan yang ada suaminya nescaya adalah dosanya di atas lelaki dan perempuan di dalam kubur itu sangat azab."
Maka apabila datangnya hari kiamat nescaya menghukum Allah s.w.t akan si suami terlebih dahulu dalam segala hal kebajikan berbanding lelaki yang kemudian itu. Bermula hukum yang demikian itu apabila zina isterinya itu dengan tidak tahunya. Maka jika mengetahuinya dan dia berdiam diri nescaya Allah s.w.t mengharamkannya dengan tersurat di atas pintu syurga, yang bermaksud:
"Engkau haram yakni masuk atas segala orang yang mengatahui akan kejahatan zina pada ahlinya dan dia diam serta tiada rasa cemburu."
Akhir kata, wahai para suami, jagailah ahli keluargamu supaya sejahtera selalu di dalam iman dan didikan Islam yang sejati sebab orang yang pertama akan dipersoalkan di akhirat kelak ialah suami yang menjadi teraju di dalam rumahtangga. Wahai isteri-isteri yang budiman, bantulah perjuangan suamimu di dalam menegakkan amal makruf nahi mungkar. 



ISTERI-ISTERI RASULULLAH SAW

Share

ISTERI-ISTERI RASULULLAH SAW :
Berikut ini kita tampilkan nama-nama Istri Nabi Muhammad SAW beserta sekilas penjelasannya:
1. SITI KHADIJAH: Nabi mengawini Khadijah ketika Nabi masih berumur 25 tahun, sedangkan Khadijah sudah berumur 40 tahun. Khadijah sebelumnya sudah menikah 2 kali sebelum menikah dengan Nabi SAW. Suami pertama Khadijah adalah Aby Haleh Al Tamimy dan suami keduanya adalah Oteaq Almakzomy, keduanya sudah meninggal sehingga menyebabkan Khadijah menjadi janda. Lima belas tahun setelah menikah dengan Khadijah, Nabi Muhammad SAW pun diangkat menjadi Nabi, yaitu pada umur 40 tahun. Khadijah meninggal pada tahun 621 A.D, dimana tahun itu bertepatan dengan Mi’raj nya Nabi Muhammad SAW ke Surga. Nabi SAW sangatlah mencintai Khadijah. Sehingga hanya setelah sepeninggalnya Khadijah lah Nabi SAW baru mau menikahi wanita lain.
2. SAWDA BINT ZAM’A: Suami pertamanya adalah Al Sakran Ibn Omro Ibn Abed Shamz, yang meninggal beberapa hari setelah kembali dari Ethiophia. Umur Sawda Bint Zam’a sudah 65 tahun, tua, miskin dan tidak ada yang mengurusinya. Inilah sebabnya kenapa Nabi SAW menikahinya.
3. AISHA SIDDIQA: Seorang perempuan bernama Kholeah Bint Hakeem menyarankan agar Nabi SAW mengawini Aisha, putri dari Aby Bakrs, dengan tujuan agar mendekatkan hubungan dengan keluarga Aby Bakr. Waktu itu Aishah sudah bertunangan dengan Jober Ibn Al Moteam Ibn Oday, yang pada saat itu adalah seorang Non-Muslim. Orang-orang di Makkah tidaklah keberatan dengan perkawinan Aishah, karena walaupun masih muda, tapi sudah cukup dewasa untuk mengerti tentang tanggung jawab didalam sebuah perkawinan. Nabi Muhammad SAW bertunangan dulu selama 2 tahun dengan Aishah sebelum kemudian mengawininya. Dan bapaknya Aishah, Abu Bakr pun kemudian menjadi khalifah pertama setelah Nabi SAW meninggal.
4. HAFSAH BINT UMAR: Hafsah adalah putri dari Umar, khalifah ke dua. Pada mulanya, Umar meminta Usman mengawini anaknya, Hafsah. Tapi Usman menolak karena istrinya baru saja meninggal dan dia belum mau kawin lagi. Umar pun pergi menemui Abu Bakar yang juga menolak untuk mengawini Hafsah. Akhirnya Umar pun mengadu kepada nabi bahwa Usman dan Abu Bakar tidak mau menikahi anaknya. Nabi SAW pun berkata pada Umar bahwa anaknya akan menikah demikian juga Usman akan kawin lagi. Akhirnya, Usman mengawini putri Nabi SAW yiatu Umi Kaltsum, dan Hafsah sendiri kawin dengan Nabi SAW. Hal ini membuat Usman dan Umar gembira.
5. ZAINAB BINT KHUZAYMA: Suaminya meninggal pada perang UHUD, meninggalkan dia yang miskin dengan beberapa orang anak. Dia sudah tua ketika nabi SAW mengawininya. Dia meninggal 3 bulan setelah perkawinan yaitu pada tahun 625 A.D.
6. SALAMA BINT UMAYYA: Suaminya, Abud Allah Abud Al Assad Ibn Al Mogherab, meninggal dunia, sehingga meninggalkan dia dan anak-anaknya dalam keadaan miskin. Dia saat itu berumur 65 tahun. Abu Bakar dan beberapa sahabat lainnya meminta dia mengawini nya, tapi karena sangat cintanya dia pada suaminya, dia menolak. Baru setelah Nabi Muhammad SAW mengawininya dan merawat anak-anaknya, dia bersedia.
7. ZAYNAB BINT JAHSH: Dia adalah putri Bibinya Nabi Muhammad SAW, Umamah binti Abdul Muthalib. Pada awalnya Nabi Muhammad SAW sudah mengatur agar Zaynab mengawini Zayed Ibn Hereathah Al Kalby. Tapi perkawinan ini kandas ndak lama, dan Nabi menerima wahyu bahwa jika mereka bercerai nabi mesti mengawini Zaynab (surat 33:37).
8. JUAYRIYA BINT AL-HARITH: Suami pertamanya adalah Masafeah Ibn Safuan. Nabi Muhammad SAW menghendaki agar kelompok dari Juayreah (Bani Al Mostalaq) masuk Islam. Juayreah menjadi tahanan ketika Islam menang pada perang Al-Mustalaq (Battle of Al-Mustalaq). Bapak Juayreyah datang pada Nabi SAW dan memberikan uang sebagai penebus anaknya, Juayreyah. Nabi SAW pun meminta sang Bapak agar membiarkan Juayreayah untuk memilih. Ketika diberi hak untuk memilih, Juayreyah menyatakan ingin masuk islam dan menyatakan bahwa Nabi Muhammad SAW adalah utusan Allah yang terakhir. Akhirnya Nabi pun mengawininya, dan Bani Almustalaq pun masuk islam.
9. SAFIYYA BINT HUYAYY: Dia adalah dari kelompok Jahudi Bani Nadir. Dia sudah menikah dua kali sebelumnya, dan kemudian menikahi Nabi SAW. Cerita nya cukup menarik, mungkin Insya Allah disampaikan terpisah.
10. UMMU HABIBA BINT SUFYAN: Suami pertamanya adalah Aubed Allah Jahish. Dia adalah anak dari Bibi Rasulullah SAW. Aubed Allah meninggak di Ethiopia. Raja Ethiopia pun mengatur perkawinan dengan Nabi SAW. Dia sebenarnya menikah dengan nabi SAW pada 1 AH, tapi baru pada 7 A.H pindah dan tinggal bersama Nabi SAW di Madina, ketika nabi 60 tahun dan dia 35 tahun.
11. MAYMUNA BINT AL-HARITH: Dia masih berumur 36 tahun ketika menikah dengan Nabi Muhammad SAW yang sudah 60 tahun. Suami pertamanya adalah Abu Rahma Ibn Abed Alzey. Ketika Nabi SAW membuka Makkah di tahun 630 A.D, dia datang menemui Nabi SAW, masuk Islam dan meminta agar Rasullullah mengawininya. Akibatnya, banyaklah orang Makkah merasa terdorong untuk merima Islam dan nabi SAW.
12. MARIA AL-QABTIYYA: Dia awalnya adalah orang yang membantu menangani permasalahan dirumah Rasullullah yang dikirim oleh Raja Mesir. Dia sempat melahirkan seorang anak yang diberi nama Ibrahim. Ibrahim akhirnya meninggal pada umur 18 bulan. Tiga tahun setelah menikah, Nabi SAW meninggal dunia, dan Maria (thx buat Joan) akhirnya meninggal 5 tahun kemudian, tahun 16 A.H. Waktu itu, Umar bin Khatab yang menjadi Iman sholat Jenazahnya, dan kemudian dimakamkan di Al-Baqi.
Kalau sudah tahu begini dan kalau memang dikatakan mau mengikuti Sunnah Nabi Muhammad SAW, kira-kira masih minat dan berani nggak ya kaum Adam untuk ber-istri lebih dari 1?



Senarai Hadith

Bil Hadith Tarikh
901 Jangan Meremehkan Sedekah Orang
Dari Abu Mas'ud r.a katanya:kami diperintah rasulullah s.a.w supaya bersedekah sedangkan kami hanya sebagai buruh kasar atau kuli. Namun Abu Uqail bersedekah setengah gantang. Kemudian yang lainnya mengikutinya dengan menyedekahkan apa sahaja namun lebih banyak dari itu. Melihat kenyataan itu, orang-orang munafik berkata:Sesungguhnya Allah Maha Kaya. Dia tidak memerlukan sedekah itu dan ini. dan mereka melakukan ini semua, hanya kerana riya' semata-mata. Kerana ucapan mereka itu maka turunlah ayat :(orang-orang munafik iaitu) mereka yang mencela orang-orang mukmin yang memberikan sedekah dengan sukarela dan (mencela) orang-orang yang tidak memperoleh (sesuatu untuk disedekahkan) selain hasil jerih payah mereka. Maka orang-orang munafik itu menghina mereka. Allah akan mebalas penghinaan mereka itu dengan siksa yang pedih.
Mar 29, 2008
902 Mensyukuri Rezeki Menambahkan Berkat
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:Makanan untuk seorang mencukupi untuk dua orang dan makanan untuk dua orang mencukupi untuk empat orang dan makanan untuk empat orang mencukupi untuk lapan orang.
Mar 28, 2008
903 Tiada Tertanding Dan Tidak Sebanding
Dari Abu Hurairah r.a dari Nabi s.a.w, baginda bersabda:Allah berfirman:Aku telah menyediakan untuk hamba-Ku yang soleh, apa yang belum pernah mata melihat, belum pernh telinga mendengar dan belum pernah teringat (terlintas) dalam hati manusia.
Mar 27, 2008
904 Umat Yang Sentiasa Menang
Dari Jabir bin Abdullah r.a katanya, dia mendengar Rasulullah s.a.w bersabda:Sentiasa ada segolongan umatku yang selalu memperjuangkan yang hak. Mereka selalu menang sampai hari kiamat.
Mar 26, 2008
905 Memberikan Nama Yang Baik
Daripada Ibnu Abbas r.a katanya, sabda Rasulullah s.a.w:Tanggungjawab bapa kepada anaknya ialah memberikan nama yang baik dan memperelokkan adabnya.
Mar 25, 2008
906 Wasilah menghampirkan diri kepada Allah SWT dan mencapai Cinta-Nya
Daripada Abu Hurairah RA katanya : Rasulullah SAW telah bersabda yang maksudnya: "Sesungguhnya Allah SWT telah berfirman : Sesiapa yang memusuhi wali-wali-Ku sesungguhnya Aku mengisytiharkan perang ke atasnya. Dan tidaklah seseorang hamba itu menghampirkan diri kepada-Ku dengan sesuatu yang lebih Ku cintai melainkan dengan apa yang telah Aku fardhukan ke atasnya, berterusanlah hamba-Ku mendekatkan dirinya kepada mu dengan mengerjakan (amalan-amalan) nawafil hinggalah Aku mencintainya. Apabila Aku mencintainya Aku akan menjadi pendengarannya yang dengannya ia mendengar, Aku adalah penglihatannya yang dengannya ia melihat dan tangannya yang dengannya ia memegang dan kakinya yang dengannya ia berjalan. Dan jika ia meminta dari-Ku, Aku akan mengurniakannya dan jika ia memohon perlindungan dengan-Ku, Aku akan melindunginya."
Mar 24, 2008
907 Dagang di Dunia
Daripada Ibnu Umar r.a katanya: Rasulullah SAW telah memegang kedua-dua bahu ku lantas bersabda : Hendaklah kamu menjadi seperti seorang dagang di dunia ini atau seorang pengembara.. Ibnu Umar r.a berkata : Apabila kamu berpetang-petang janganlah kamu menunggu waktu pagi, dan apabila kamu berpagi-pagi maka janganlah tunggu waktu petang dan pergunakan masa sihat mu sebelum sakit mu dan masa hidup mu sebelum mati mu...
Mar 23, 2008
908 Jalan ke Syurga
Daripada Abu Abdillah Jabir bin Abdullah al-Ansari r.a bahawa seorang lelaki telah bertanya kepada rasulullah SAW: Apakah pendapat tuan sekiranya saya melakukan solat-solat fardu (lima waktu), berpuasa di bulan Ramadhan, menghalalkan apa yang halal, mengharamkan apa yang haram dan tidak menambahkan sesuatu pun padanya, adakah aku akan masuk ke dalam syurga.
Mar 22, 2008
909 Ancaman Meninggalkan Solat Jumaat
Dari Abdullah bin Umar dan Abu Hurairah r.a keduanya menceritakan bahawa mereka mendengar daripada Rasulullah s.a.w, ketika baginda sedang berkhutbah di atas mimbar, sabdanya:Hendaklah orang-orang yang suka meninggalkan Jumaat menghentikan perbuatan mereka itu, atau adakah mereka mahu Allah membutakan hati mereka dan sesudah itu mereka betul-betul menjadi orang yang lalai?
Mar 21, 2008
910 Isnin; Hari Kelahiran Rasulullah SAW
Daripada Abu Qatadah al-Ansari berkata: Rasulullah SAW ditanya oleh sahabat tentang kelazimannya berpuasa pada setiap hari Isnin. Maka baginda bersabda: "Padanya aku dilahirkan dan padanya wahyu pertama diturunkan kepada ku".
Mar 20, 2008
911 Tanggungjawab Suami Terhadap Keluarga
Al-Aswad bin Yazid berkata, aku bertanya kepada Aishah r.a, Apakah yang dilakukan oleh Nabi s.a.w. di rumahnya? Aishah menjawab Beliau membuat tugas keluarganya, iaitu membantu kerja keluarganya, maka apabila masuk waktu sembahyang beliau pun keluar untuk bersembahyang.
Mar 19, 2008
912 Cara Solat Malam
Dari Ibnu Umar r.a katanya:Seorang lelaki bertanya kepada nabi s.a.w ketika baginda sedang di atas mimbar:Bagaimanakah caranya solat malam? Nabi menjawab:Solat malam dua-dua rakaat dan bila khuatir subuh datang, maka solatlah satu rakaat, bererti kamu telah witir untuk setiap rakaat yang kamu lakukan. Ibnu Umar mengatakan:Buatlah solatmu yang akhir di waktu malam ganjil (witir) rakaatnya kerana nabi s.a.w menyuruh begitu.
Mar 18, 2008
913 Berbohong Satu Pengkhianatan
Rasulullah s.a.w telah bersabda yang maksudnya:Jika kamu bercakap dengan saudaramu percakapan yang ia mempercayainya, sedangkan kamu membohonginya, sesungguhnya perbuatan ini merupakan pengkhianatan besar.
Mar 18, 2008
914 Pemimpin Jangan Mementingkan diri sendiri
Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: Akan lahir selepas aku beberapa pemimpin yang mementingkan diri sendiri dan yang melakukan perkara-perkara yang tidak disukai oleh kamu. Para Sahabat bertanya, Wahai Rasulullah apakah yang engkau hendak perintah dikalangan kami ini sekiranya terdapat perkara seperti itu? Baginda s.a.w. menjawab, hendaklah kamu menunaikan tanggungjawab kamu dan memohon kepada Allah segala hak-hak yang kamu perlukan.
Mar 17, 2008
915 Isteri Derhaka
Dari Ibnu Abbas r.a katanya Rasulullah SAW bersabda:Diperlihatkan (Allah) kepadaku akan neraka.. Ketika itu kulihat kebanyakan isinya terdiri daripada perempuan-perempuan kafir. Baginda ditanya oleh seseorang:Apakah mereka kafir kepada Allah? Jawab Rasulullah, Mereka kafir kepada karib (suami) dan (tidak tahu berterima kasih) atas kebaikan (yang diterimanya). Biarpun engkau telah berbuat baik kepadanya sepanjang masa, kemudian dilihatnya daripadamu sedikit kesalahan sahaja, lantas ia berkata:Saya tidak pernah melihat kebaikan darimu sedikit pun!
Mar 16, 2008
916 Batas Umur Dibenarkan
Dari Ibnu Umar r.a, ia meminta kepada Rasulullah saw untuk menjadi tentera pada waktu peperangan Uhud, sedangkan dia ketika itu berusia empat belas tahun. Baginda tidak membenarkan. Kemudian dia kemukakan lagi permohonan untuk menyertai peperangan Khandaq dan dia ketika itu sudah berusia lima belas tahun. Baginda membenarkan.
Mar 15, 2008
917 Bersabar Dalam BerdoaDari Abu Hurairah r.a bahawa nabi SAW telah bersabda:Allah sentiasa memperkenankan doa seorang hamba selama doa itu tidak mengandungi (perkara) dosa, (perkara yang) memutuskan silaturrahim dan selama tidak meminta supaya cepat-cepat diperkenankan. Lalu baginda ditanya oleh seseorang:Apa maksudnya meminta dicepatkan?Jawab baginda:Umpamanya seseorang itu berkata dalam doanya:Aku telah berdoa, aku telah berdoa tetapi aku belum melihat doaku diperkenankan. Lalu aku putus asa dan berhenti berdoa. Mar 14, 2008
918 Allah Tidak Mengendahkan
Dari Abu Hurairah r.a katanya:Rasulullah SAW bersabda: Ada tiga golongan di mana Allah tidak akan bercakap dengan mereka, tidak membersihkan mereka daripada dosa,- kata Muawiyah, juga tidak akan memandang mereka (mengendahkan mereka), bahkan mereka akan mendapat siksa yang pedih iaitu: 1) Orang tua penzina; 2) Raja (penguasa) yang pembohong ; 3) si miskin yang sombong.
Mar 13, 2008
919 Kewajipan Sembahyang (solat)
Dari Anas r.a katanya:Nabi Muhammad SAW telah bersabda :...(selain dari apa yang telah aku saksikan semasa aku dibawa israk dan mikraj pada malam itu), maka Allah fardhukan (atasku) dan atas umatku lima puluh sembahyang...lalu aku memohon kepada-Nya (supaya dikurangkan lagi bilangan sembahyang itu yang telah pun dikurangkan sehingga tinggal lima sahaja); maka Allah SWT berfirman:Sembahyang fardhu (sehari semalam) itu tetap lima (dari segi bilangannya) dan ia juga tetap lima puluh (dari segi pahalanya); keputusan-Ku itu tidak dapat diubah atau ditukar ganti...
Mar 12, 2008
920 Larangan Menarik Balik Sedekah
Dari Abdullah bin Umar r.a katanya:Bahawasanya Umar bin al-Khattab telah bersedekah kuda fi sabilillah . Kemudian didapatinya kuda itu dijual orang dan dia bermaksud hendak membelinya. Namun sebelum itu dia pergi menemui nabi meminta nasihat baginda. Nabi bersabda kepadanya: Janganlah engkau ambil kembali sedekahmu.